digest gel | gel penghadam | Sains Forensik | Tiada | Gel yang digunakan untuk menilai kesempurnaan penghadaman sampel DNA oleh enzim penghadam. Gel penghadam digunakan sebagai langkah diagnostik dalam prosedur penjenisan DNA polimorfisme panjang jalur terpotong (RFLP). Lihat juga RFLP. |
fed-batch system | sistem suapan sekelompok | Bioteknologi | Tiada | Penghadam anaerob atau proses bejana fermentasi atau bioreaktor yang dijalankan dalam mod sekelompok dengan penambahan beberapa kali substrat, sama ada pepejal atau cecair pekat sepanjang tempoh operasi, untuk meningkatkan daya pengeluaran. |
loading rate | kadar tokokan | Bioteknologi | Tiada | Kadar penambahan bahan mentah ke dalam bejana fermentasi atau penghadam anaerob. Kadar ini dinyatakan sebagai berat bahan yang ditambah bagi setiap unit isi padu pada setiap masa, misalnya kg/m3/jam. |
hydraulic retention time (HRT) | masa penempatan hidraulik | Bioteknologi | Tiada | Jangka masa cecair atau sisa buangan yang ditambah ke dalam bejana fermentasi atau penghadam anaerob berada di dalam bejana tersebut. Kadar ini dinyatakan sebagai nisbah isi padu bejana terhadap kadar tokokan. |