Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.ki.san] | ڤڠهاکيسن

Definisi : proses (perbuatan, tindakan dsb) menghakis atau menghakiskan: kadar ~ tanah bergantung pd beberapa faktor persekitaran fizikal; keruntuhan akhlak dan ~ rasa hormat dan kasih sayang kpd orang tua semakin ketara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ha.ki.san] | ڤڠهاکيسن

Definisi : proses atau perbuatan menghakis: Kadar ~ tanah bergantung pd beberapa faktor. Kita mestilah berusaha agar ~ rasa hormat terhadap ibu bapa tidak berlaku (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penghakisan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rill and sheet erosionpenghakisan galir dan bambangHidrologiTiadaPenghakisan bambang adalah pemindahan suatu lapisan tanih atau bahan yang agak seragam dari permukaan tanah oleh aliran daratan. Apabila aliran daratan tertumpu di mikroalur hakisan bambang menjadi hakisan galir.
erosionpenghakisanHidrologiTiadaPenghausan tanih yang disebabkan oleh air mengalir, glasier, angin dan ombak.
erodibility factorfaktor penghakisanLandskapTiadaPekali yang menentukan kadar hakisan pada satu-satu jenis tanah.
retrogradingpengunduranKejuruteraanTiadaPenghakisan aktif pada garis pantai apabila garis pantai terpotong ke dalam tanah besar.
denudationpenggondolanHidrologiTiada(1) Penghakisan jirim pepejal bumi oleh hujan, ibun, angin atau air. Kerap kali menyangkut pengikisan tanih hingga ke batuan dasar.
channel scourpengedukan alurHidrologiTiadaPenghakisan alur sungai aluvium semasa aliran tinggi
decolonizationpenyahjajahanSains PolitikPolitik PerbandinganPengurangan kuasa dan penghakisan dominasi kuasa penjajah. Proses ini berlaku secara berperingkat-peringkat dan meliputi segenap aspek sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks politik, proses ini dapat dilihat apabila pihak penjajah mula memberi peluang dan melatih anak tempatan dalam bidang pentadbiran serta melantik mereka untuk mengetuai jabatan atau memikul tanggungjawab tertentu dalam penggubalan dasar. Dalam konteks sosial pula, dasar sosial yang dahulunya berasaskan kepada nilai penjajah digantikan dengan nilai tempatan. Demikian juga halnya dalam aspek ekonomi, kuasa ekonomi tempatan secara berperingkat mengambil alih pengurusan dan ekuiti modal ekonomi yang dahulunya dikuasai penjajah. Contohnya, pemerintah Malaysia selepas mencapai kemerdekaan melakukan penyahjajahan dalam segenap aspek politik, ekonomi dan sosial bagi mengurangkan dominasi British di negara ini.
entrainmentpengiring alirHidrologiTiadaPengangkutan bahan yang dihasilkan oleh tindakan penghakisan dari dasar dan tebing.
placer depositmendapan plaserSains MarinTiadaJisim kelikir, pasir atau bahan yang serupa hasil penghakisan batuan pepejal dan mengandungi zarah atau ketulan emas, platinum, timah atau mineral bernilai yang lain yang berasal daripada batuan atau telerang.
blast jointsambungan semburKejuruteraanPetroleumSinonim : puting sembur Peranti yang berfungsi menahan tindakan penggerukan dan penghakisan oleh bendalir formasi. Peranti ini berupa paip yang disambungkan pada rentetan tetiub dan ditempatkan tepat di hadapan selang penebukan di dalam pelengkapan berganda. Paip ini dibuat daripada bahan yang tahan lasak dan tahan panas, serta diperkeras atau dilapisi dengan bahan bingkas seperti getah. Tersedia dalam berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu 10, 20 dan 30 kaki.
12

Kembali ke atas