Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hen.tian] | ڤڠهنتين

Definisi : hal atau perbuatan meng­henti­kan: ~ beberapa percubaan utk mendirikan tanah jajahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hen.tian] | ڤڠهنتين

Definisi : perbuatan atau hal menghentikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penghentian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
payment stoppedpenghentian pembayaranPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
short-stoppingpenghentian pendekKejuruteraanTiadaTiada
aposiopesisaposiopesisKesusasteraanTiadaPenghentian frasa atau kata dalam karya sastera dengan tiba-tiba.
defibrillationdefibrilasiPerubatanTiada1. Penghentian fibrilasi otot jantung, iaitu atrium atau ventrikel, dan pemulihan rentak normal. Proses ini sering dilakukan secara kejutan elektrik. 2. Pemisahan serat tisu, iaitu dengan menggunakan alat yang tumpul supaya tisu terpisah tanpa terpotong.
initial caesurajeda awalKesusasteraanPuisiPenghentian sebentar pengucapan sama ada pada diksi, frasa ataupun ayat dalam baris puisi, sebelum meneruskan pengucapan pada baris berikutnya. Contohnya, pantun dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional. Sirih berlipat sirih pin ang , Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awai bismillah pembuka bicara.
middle caesurajeda tengahKesusasteraanPuisiPenghentian seketika pengucapan di tengah-tengah sesuatu baris dalam sesuatu rangkap atau sesebuah puisi. Lazimnya jeda tengah ini terjadi untuk memisahkan gatra subjek dengan gatra predikat. Unsur ini dengan mudah dapat dikesan apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan.
well abandonmenttinggal telagaKejuruteraanTiadaPenghentian pengeluaran bendalir dan peninggalan telaga yang tidak bernilai komersial.
release factorfaktor pembebasanBiologiGenetikMakromolekul yang bergerak balas dengan kehadiran kodon penghentian dan menyebabkan pembesaran rantai polipeptida yang lengkap dan pembebasan ribosom daripada mRNA. faktor pemberhentian.
delirium tremensracauan tremensPerubatanTiadaGangguan mental yang akut, yang biasanya berkaitan dengan penagihan alkohol. Keadaan ini tercetus semasa penghentian pengambilan alkohol secara mengejut. Antara gejala yang dialami oleh pesakit ialah menggigil, kekusutan mental, mandi peluh dan sakit di bahagian jantung. Sin: racauan alkoholisme
nerve gasgas sarafKimiaForensikSatu daripada beberapa agen perang kimia toksik yang diperkembang di Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Gas saraf ialah terbitan organik asid fosforik (terutamanya alkil fosfat, fluorofosfat dan tiofosfat). Gas ini berupa cecair tidak berwarna, tidak berbau, kemeruapan rendah, meresap dengan cepat melalui mata, paru-paru, atau kulit. Bahan ini sangat toksik terhadap haiwan dan manusia serta berupaya merencatkan enzim kolinesterase, dan menyebabkan keracunan asetilkolina dan penghentian penghantaran saraf. Contohnya, sarin, soman dan tabun.

Kembali ke atas