magnetic resonance imaging (MRI) | pengimejan resonan magnet (MRI) | AIDS | Tiada | Kaedah pengimejan diagnostik yang menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan gambaran imej komputer tiga dimensi. Kaedah ini digunakan untuk membantu diagnosis penyakit ensefalopati. |
magnetic resonance imaging (MRI) | pengimejan resonans magnet (MRI) | Fizik | Nanoteknologi | Teknik pengimejan digital komputer yang berasaskan tindak balas denyutan pendek gelombang radio ke atas medan magnet bagi menghasilkan imej struktur atau tisu biologi. Apabila denyutan gelombang radio bertindak ke atas tisu, proton akan teruja dan seterusnya mengalami penyantaian yang tenaganya dapat diukur, yang nilainya berkadaran dengan ketumpatan proton dalam tisu. Teknik ini berguna untuk mengesan barah, malah lebih selamat digunakan berbanding penggunaan sinar-X atau sinar gama. Kebanyakan mesin MRI mempunyai kekuatan medan magnet dalam julat 0.3 - 3 Tesla. Mesin MRI dengan kekuatan sehingga 9 Tesla pula hanya sesuai dalam penyelidikan bahan magnet. Teknik ini juga dikenali sebagai Tomografi Resonans Magnet atau dalam bidang kimia sebagai Resonans Magnet Nuklear (NMR). |
digital imaging and communications in medicine (DICOM) | pengimejan digital dan komunikasi dalam perubatan (DICOM) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Protokol rangkaian lapisan aplikasi untuk penghantaran imej perubatan, bentuk gelombang dan maklumat yang berkaitan. DICOM pada asalnya dibangunkan oleh National Electrical Manufacturers Association dan American College of Radiology untuk mengimbas tomografi paksi berkomputer (CAT) dan pengimejan resonans magnetik (MRI) imej. DICOM dikawal selia oleh Jawatankuasa Standard dan menyokong pelbagai imej perubatan merentasi bidang radiologi, kardiologi, patologi dan pergigian. DICOM juga menggunakan protokol kawalan penghantaran atau protokol Internet sebagai protokol lapisan pengangkutan lebih rendah. |
imaging | pengimejan | Perubatan | Tiada | Teknik radiologi untuk menghasilkan imej badan atau organ. |
imaging | pengimejan | Perubatan | Tiada | Teknik untuk menghasilkan imej tisu dengan beza jelas yang terang dan terperinci. Teknik ini digunakan terutamanya dalam radiologi dan ultrasonografi. |
digital imaging | pengimejan digital | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses menukar imej grafik ke dalam fail elektronik yang boleh dimanipulasikan oleh komputer. |
ghost imaging | pengimejan hantu | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Aktiviti membina salinan lengkap suatu medium simpanan data seperti cakera padat atau cakera keras dengan merakamkan keseluruhan kandungan medium simpanan tersebut pada paras bit. Kandungan ini diperduakan ke medium simpanan berasingan dan biasanya tanpa menggunakan fungsi penyalinan biasa dalam sistem pengendalian. |
imaging system | sistem pengimejan | Geografi | Tiada | Tiada |
imaging spectrometry | spektrometri pengimejan | Geografi | Tiada | Tiada |
pre-imaging | pra-pengimejan | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses membentuk satu kerangka animasi atau video dalam penimbal ingatan sebelum di pindahkan ke skrin untuk dipaparkan. |