filler | pengisi | Kimia | Tiada | 1. Pengisi: Bahan pepejal lengai, lazimnya tak organik, yang ditambah ke dalam resin sintetik, sama ada bertujuan ekonomi atau untuk mengubah suai sifatnya. |
calk | pakal; gegala | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pakal: Bahan pengisi ruang antara ranjang enjin dengan badan enjin. |
filler | pengisi | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Bahan yang digunakan untuk mengisi liang pada permukaan yang diketam atau dipelas, bagi mengurangi keronggaan permukaan ayu yang diproses untuk proses kemas siap. 2. Bahan lengai seperti sabut tempurung yang ditambah kepada rumusan perekat untuk mengurangkan kos dan menambahkan isipadu. 3. Bahan yang ditambahkan dalam proses pembuatan kertas bagi mengisi rongga di antara gentian lignoselulosa. Bahan ini menambahkan kelegapan, kecerahan, dan kelicinan kepingan kertas yang dihasilkan. Misalnya, debu liat, talkum, dan gipsum. |
silver point | poin argentum | Perubatan | Tiada | 1. Poin argenrum: Argentum berbentuk kon, halus, panjang, perbagai saiz dan digunakan sebagai pengisi kanal akar. |
rice bran | dedak padi | Perikanan | Akuakultur | Bahan ramuan atau bahan mentah yang digunakan dalam formulasi makanan rumusan sebagai pengisi dan sumber karbohidrat. Dedak padi merupakan selaput antara kulit padi dengan beras yang terdiri daripada lapisan aleuron, germa dan sebahagian daripada endosperma yang diperoleh semasa pemprosesan padi untuk menghasilkan beras. Berat dedak padi ini adalah 10% daripada keseluruhan berat padi dan mengandungi aras protein, lemak, vitamin dan mineral yang lebih tinggi berbanding beras. Kandungan proteinnya ialah sebanyak 12% – 15% dan bahan serabutnya pula sebanyak 16% – 18%. Dedak padi juga mempunyai kandungan tenaga, fosforus dan vitamin B yang tinggi serta kerap digunakan sebagai salah satu komponen dalam makanan ayam dan ternakan lain. Walau bagaimanapun, bahan ini juga mengandungi faktor antipemakanan yang dikenali sebagai fitat atau asid fitik yang boleh menjejaskan penyerapan fosforus. Terdapat dua jenis dedak padi, iaitu dedak padi biasa yang mengandungi 8% lemak dan dedak padi dinyahlemak dengan 1 – 2 % l |