Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.kom.pu.te.ran] | ڤڠکومڤوترن

Definisi : perihal (kerja, proses, dsb) mengkomputerkan (maklumat dsb), penggunaan alat atau sistem komputer utk pelaksanaan sesuatu atau dlm pengurusan sesuatu, komputerisasi; ~ agensi-agensi kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.kom.pu.te.ran] | ڤڠکومڤوترن

Definisi : proses dsb mengkomputerkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengkomputeran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
high-performance computing (HPC)pengkomputeran berprestasi tinggiTeknologi MaklumatPerisianPengkomputeran yang menggunakan beberapa komputer berkeupayaan dan berkelajuan tinggi seperti superkomputer atau beberapa kelompok komputer untuk menyelesaikan masalah pengkomputeran yang lebih kompleks dan rumit. Trend terkini dalam bidang pengkomputeran adalah dengan menggabungkan sistem dan teknologi HPC untuk meningkatkan produktiviti. Pengkomputeran ini merangkumi semua aspek dalam pengkomputeran itu sendiri bermula dari persekitaran pembangunan sistem sehingga ke storan. Sebagai contoh, kebanyakan HPC digunakan dalam pengkomputeran teknikal seperti kejuruteraan angkasa lepas dan teknologi nuklear.
cloud computingpengkomputeran awanTeknologi MaklumatPerisianPengkomputeran berasaskan Internet dan menggunakan teknologi komputer yang terkini. Sebutan awan merujuk kepada Internet yang selalunya diwakilkan dalam rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstrakan bagi infrastruktur kompleks yang diwakilinya. Pengkomputeran awan juga merujuk kepada penyediaan keupayaan pengkomputeran yang berkaitan dengan teknologi maklumat sebagai satu perkhidmatan yang membenarkan pengguna mencapai perkhidmatan Internet tanpa pengetahuan kepakaran terhadap teknologi infrastruktur yang menyokongnya. Contohnya, Google App menyediakan aplikasi perniagaan yang biasa secara dalam talian yang boleh dicapai melalui pelayar web manakala perisian dan data disimpan dalam pelayan.
grid computingpengkomputeran gridTeknologi MaklumatPerisianPengkomputeran yang menghasilkan keupayaaan sama seperti superkomputer untuk memproses masalah besar dengan mengagihkan masalah tersebut dan memanipulasikan masa pemprosesan yang tidak digunakan oleh beberapa stesen kerja yang disambungkan dalam satu rangkaian komputer. Setiap stesen kerja akan diberikan sebahagian tugas daripada masalah besar tersebut untuk diselesaikan. Ini bermakna, pengkomputeran grid melibatkan pelbagai sistem komputer yang berada pada lokasi yang berlainan dengan menggunakan aplikasi tertentu yang menggunakan perpustakaan perisian grid dan perisian tengah. Teknologi ini banyak digunakan dalam pengkomputeran saintifik seperti penyelidikan biologi molekular dan pelbagai aplikasi perdagangan seperti e-dagang. Kelebihan pengkomputeran grid ialah setiap nod boleh digabungkan menghasilkan sumber pengkomputeran yang sama seperti superkomputer dengan kos yang murah.
realtime computing (RTC)pengkomputeran masa nyataTeknologi MaklumatPerisianPengkomputeran yang melibatkan sistem perkakasan dan perisian yang tertakluk kepada kekangan masa nyata, iaitu jangka masa operasi yang ditetapkan bagi tindak balas sistem. Keperluan pengkomputeran masa nyata adalah merujuk kepada aspek sistem pengendalian masa nyata dan bahasa pengaturcaraan sinkroni. Hal ini bertujuan supaya rangka kerja dalam pembinaan perisian aplikasi masa nyata dapat disediakan. Contoh pengkomputeran masa nyata ialah sistem bursa saham, sistem kawalan trafik udara dan sistem pengawasan dan pemantauan masa nyata.
amorphous computingpengkomputeran amorfusFizikNanoteknologiPengkomputeran yang berasaskan bilangan peranti ringkas yang geriak (terlalu banyak) sebagai ganti kepada bilangan kecil mikropemproses megalitik. Setiap peranti hanya dapat menjalankan beberapa kerja mudah dan boleh gagal tanpa menjejaskan sistem keseluruhan. Algoritma adalah rumit dan direka bentuk dengan mengambil kira keterbatasan kemampuan setiap unsur serta kemungkinan kegagalan unsur tersebut. Sinonim pengkomputeran geriak.
time sharingperkongsian masaTeknologi MaklumatPerisianPerkongsian sumber pengkomputeran oleh beberapa pengguna yang dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan multitugas. Dengan membenarkan bilangan pengguna yang ramai untuk berinteraksi secara serentak dalam satu komputer, perkongsian masa dapat mengurangkan kos pengkomputeran dan pada masa yang sama menghasilkan pengalaman pengkomputeran yang lebih interaktif. Sekiranya bilangan pengguna menjadi optimum, proses keseluruhan pengkomputeran akan menjadi lebih efisien. Oleh itu, slot masa yang diambil untuk menunggu input cakera, pita atau rangkaian boleh diberikan kepada pengguna lain.
swarm computingpengkomputeran geriakFizikNanoteknologiLihat pengkomputeran amorfus.
computational molecular biologybiologi molekul pengkomputeranBioinformatikBioinformatik MolekulBidang antara disiplin, yang membangun dan menggunakan kaedah pengkomputeran untuk menganalisis himpunan besar data molekul. Bidang ini bertujuan untuk membuat ramalan baru atau penemuan biologi baru.
computerizationpengkomputeranKomputerTiadaTiada
computerizationpengkomputeranMatematikTiadaProses mengira dan menyimpan maklumat menggunakan komputer.
12345678910

Kembali ke atas