Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.li.ha.tan] | ڤڠليهتن

Definisi : kuasa (panca­indera) utk melihat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.li.ha.tan] | ڤڠليهتن

Definisi : 1. kuasa (panca­indera) utk melihat, kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang, pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3. perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.li.ha.tan] | ڤڠليهتن

Definisi : 1 kebolehan utk melihat: ~ yg tajam. 2 pancaindera utk melihat: ~nya sudah rosak. 3 apa-apa yg dilihat atau dipandang; pandangan: Pd ~ Abdullah, di situ ada orang menjual nasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penglihatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
low visionpenglihatan terhadUmumTiadaRabun yang tidak dapat dipulihkan dengan memakai cermin mata, kanta lekap atau pembedahan. Keadaan ini tidak sama dengan buta kerana masih terdapat sisa penglihatan. Penglihatan terhad termasuklah titik buta, rabun malam dan penglihatan kabur.
reflex sightpenglihatan refleksFizikOptikPenglihatan optik atau penglihatan kiraan yang memantulkan imej retikel ke atas plat pemantul untuk superimposisi sasaran ooleh mata.
visual photometerfotometer penglihatanFizikOptikFotometer yang membandingkan luminans dari dua permukaan oleh penglihatan manusia. Biasanya kotak penglihatan Lummer-Brodhun digunakan.
glaresilauFizikOptikGangguan penglihatan yang disebabkan oleh kecerahan yang terdapat dalam medan penglihatan tetapi tidak membantu penglihatan.
visual impairmentkekurangupayaan penglihatanUmumTiadaKeadaan atau masalah penglihatan yang dihadapi oleh OKU seperti penglihatan yang terhad di kedua-dua belah mata, buta di kedua-dua belah mata, buta di sebelah mata dan lain-lain gangguan penglihatan kekal.
interbeam viewingpenglihatan antara alurKejuruteraanTiadaKeadaan penglihatan apabila mata didedahkan kepada sinaran selain penglihatan sumber lanjut.
cone of visionkon penglihatanKesenianHiasan DalamanSudut tahap penglihatan yang jelas oleh seseorang yang melihat, iaitu antara 45 darjah hingga 60 darjah. Penglihatan akan menjadi semakin kabur apabila melepasi sudut tersebut.
visual disabilityketidakupayaan penglihatanUmumTiadaKeadaan buta di kedua-dua belah mata, buta di sebelah mata, penglihatan terhad di kedua-dua belah mata atau lain-lain masalah penglihatan kekal.
person with visual disabilityOKU penglihatanUmumTiadaIndividu yang mengalami buta kedua-dua belah mata, buta di sebelah mata, penglihatan terhad di kedua-dua belah mata atau lain-lain masalah penglihatan kekal.
unsightedpenglihatan terhalangSukanTiada2. Penglihatan terhalang: keadaan tertentu yang menyebabkan pemukul atau pemadang terhalang pandangannya.
12345678910...

Kembali ke atas