core analysis | analisis teras | Kejuruteraan | Petroleum | Kajian tentang teras yang melibatkan pengukuran-pengukuran dalam makmal bagi menentukan sifat-sifat fizikal dan petrofizikal batuan seperti keporosan, ketertelapan, kandungan bendalir, jenis batuan (litologi), sudut kemiringan, jenis makropori yang terdapat dalam batuan dan usia batuan. Dalam keadaan tertentu, analisis ini juga meliputi kajian ke atas daya pengeluaran jika batuan itu mengandungi hidrokarbon. |
refractometer | meter biasan | Fizik | Optik | Alat untuk mengukur indeks biasan bahan melalui teknik-teknik tertentu seperti pengukuran pembiasan oleh prisma, pengukuran sudut genting, pencerapan corak interferens cahaya dan pengukuran pemalar dielektrik bahan. refraktometer. |
halometry | halometri | Perubatan | Tiada | 1. Pengukuran halo okular.,2. Pengukuran saiz korpuskel darah merah menggunakan saput darah. |
chronometry | kronometri | Geologi | Tiada | 1. Ilmu yang berhubung dengan pengukuran masa.,2. Pengukuran masa dengan menggunakan kronometer. |
continuous intraarterial measuremen | pengukuran intraarteri berterusan | Perubatan | Tiada | Pengukuran tekanan darah arteri secara invasif dan berterusan. Gelombang tekanan darah arteri yang terbentuk dapat diukur secara automatik dan berterusan mengikut denyutan jantung. Pengukuran ini dilakukan dengan memasukkan kanula ke dalam arteri dan kemudian kanula tersebut disambungkan ke tiub plastik, transduser dan monitor. |
indeterminate error | ralat tak tentu | Kimia | Kimia Analisis | Ralat yang tidak dapat ditentukan dan tidak dapat dikawal. Ia biasanya mempunyai magnitud dan arah yang berubah-ubah daripada satu pengukuran dengan pengukuran yang lain. Ralat ini juga sebagai ralat rawak. |
gene expression measurement | pengukuran pengekspresan gen | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Merujuk kepada ukuran paras produk gen, sama ada RNA atau protein. Kaedah pengukuran RNA yang biasa digunakan ialah teknik pemblotan Northern dan mikrotatasusunan. Manakala, contoh kaedah pengukuran protein yang biasa ialah teknik pemblotan Western dan ELISA. |
dead time | masa mati | Kejuruteraan | Petroleum | Masa yang diperlukan oleh sesuatu sistem pengukuran dalam kaedah pengelogan keradioaktifan, untuk bersiap-siap membuat pengukuran yang berikutnya setelah selesai pengukuran dijalankan. Dalam tempoh ini bacaan yang diberikan oleh alat tidak diambil kira. Masa diukur dalam unit mikrosaat. |
optical measurement | pengukuran optik | Fizik | Optik | Pengukuran kuantiti seperti keamatan, agihan spektrum, pengutuban atau cirian lain bagi cahaya inframerah sinaran ultralembayung, yang dikeluarkan atau dipantulkan daripada objek atau yang melalui sebarang medium. |
wading measurement | pengukuran harung | Hidrologi | Tiada | Pengukuran luahan yang dibuat oleh seorang pencerap dengan mengharung lintas sungai. |