uncommitted voter | pengundi tidak terikat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengundi atau pemilih yang tidak mengaku menyokong mana-mana parti politik. Dalam erti kata lain, identifikasi politik tidak wujud. Pengundi seperti ini akan membuat pemilihan hanya di saat akhir iaitu semasa hari mengundi. Pengundian juga boleh berubah kepada calon atau parti lain semasa penggal akan datang. Pengundi jenis ini biasanya tidak tetap pendirian dan mudah terpengaruh dengan kempen dan propaganda menjelang pilihan raya. Pengundi tidak terikat ini kebanyakannya terdapat di negara yang mengamalkan sistem dua parti seperti di Australia dan New Zealand. |
Poll book | senarai pengundi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Senarai daftar pengundi yang menyimpan butiran lengkap mengenai semua pengundi yang layak bagi sesuatu kawasan. Senarai ini disediakan oleh badan yang menguruskan pilihan raya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Malaysia. Kebiasaannya senarai ini dibahagikan menurut kawasan pilihan raya sama ada di peringkat negeri untuk dewan undangan negeri atau peringkat parlimen. Individu yang tersenarai dalam kertas ini layak mengundi di kawasan tersebut. Contohnya, senarai pengundi yang dipamerkan oleh SPR di tempat awam untuk semakan sebelum pilihan raya diadakan. |
undecided voter | pengundi tidak pasti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengundi yang tidak berpendirian teguh dalam sesuatu pengundian dan tidak langsung mempunyai ikatan kepartian dengan mana-mana calon atau parti. Pengundi ini banyak dipengaruhi oleh kempen serta propaganda dan hanya akan membuat pemilihan pada hari pengundian. Tindakan saat akhir mereka ini akan menentukan kerajaan kelak. Pengundi tidak pasti yang ramai akan menyebabkan kerajaan bertukar ganti dengan lebih kerap. |
proxy voter | pengundi proksi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengundi yang bertindak sebagai mewakili satu kuasa atau pihak yang enggan memperlihatkan penglibatannya dalam sesuatu pengundian. Pengundi ini merupakan seorang individu atau satu organisasi tetapi melakukan undian dengan mengikut telunjuk kuasa proksi yang mengarahkannya. Lihat juga undi proksi. |
absent voter | pengundi tak hadir | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu yang mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak menghadirkan diri di tempat pembuangan undi. Keadaan ini juga disebut sebagai pengundi yang tidak kisah politik atau tidak suka politik. Fenomena pengundi tidak hadir ini wujud dalam konteks sistem demokrasi seperti Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis dan Kanada. Contohnya, setiap kali pilihan raya Presiden Amerika Syarikat diadakan, jumlah pengundi tidak hadir sekitar 43 peratus semenjak 1966. Hal ini berbeza dengan fenomena yang diamalkan di negara sedang membangun yang jumlah pengundi tidak hadir adalah rendah. |
elctor mandate | mandat pengundi | Undang-undang | Tiada | Mandat pengundi kepada wakil yang dipilih dalam pilihan raya. |
voting booth | pondok mengundi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pondok atau ruang yang digunakan oleh pengundi untuk membuat pemilihan calon dalam pilihan raya. Pondok ini disediakan khas bagi memastikan pengundi dapat membuat pilihan secara rahsia dan tidak terganggu. Pondok ini lazimnya terletak dalam bilik yang tidak berjauhan dengan meja pendaftaran pengundian dan kotak undi bagi memudahkan beliau meletakkan kertas undi yang telah digunakan. |
polling booth | petak mengundi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan kecil atau ruang yang digunakan oleh pengundi untuk membuat pemilihan calon dalam pilihan raya. Petak ini disediakan khas bagi memastikan pengundi dapat membuat pilihan secara rahsia dan tidak terganggu. Petak ini biasanya terletak di dalam bilik mengundi yang tidak berjauhan dengan meja pendaftaran dan kotak undi. Petak mengundi harus terlindung daripada penglihatan orang lain bagi menjamin kerahsiaan pengundian itu. |
electoral college | nilai undi kawasan | Sejarah | Tiada | Kawasan pilihan raya yang ditentukan berdasarkan kepada jumlah pengundi untuk seorang wakil di parlimen seperti negeri Columbia, di Amerika Syarikat pada 1961 mempunyai tiga pengundi yang diberi hak untuk memilih calon Presiden dalam pilihan raya Presiden melalui peruntukan yang diberikan. |
secret ballot | undi sulit | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemilihan yang dilakukan secara rahsia. Dalam pengundian ini, setiap pemilih tidak mengetahui pilihan yang dibuat oleh pengundi lain. Pengundian sulit biasanya dilaksanakan secara kertas undi dan tidak secara terbuka dengan mengangkat tangan. Pengundi yang memilih calon yang bersaing hanya perlu menanda dan memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi yang terkawal. Tujuan undi sulit dilaksanakan adalah untuk tidak mempengaruhi proses pengundian dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada pengundi untuk membuat pemilihan tanpa merasa tekanan. Pada zaman moden ini, kemudahan komputer banyak digunakan untuk menjalankan pengundian sulit ini. Contohnya, pengundian dalam pilihan raya umum Malaysia dijalankan secara undi sulit. |