JavaScript language | bahasa JavaScript | Teknologi Maklumat | Perisian | Bahasa penskripan yang biasa digunakan dalam pembangunan web di bahagian pelanggan. Bahasa ini telah dibangunkan oleh Brendan Eich dari syarikat Netscape dengan nama Mocha. Bahasa ini kemudiannya dinamakan LiveScript sebelum ditukar namanya kepada JavaScript atas perjanjian pemasaran secara bersama oleh Netscape dan Sun dalam pembangunan bersama pelayarnya, iaitu Netscape Navigator dengan menggunakan teknologi Sun. Pembangunan bahasa ini banyak dipengaruhi oleh bahasa lain tetapi lebih mirip seperti bahasa Java. Bahasa ini juga digunakan untuk mencapai penskripan kepada objek yang diletakkan dalam aplikasi yang lain. Contoh sampel kod JavaScript adalah seperti yang berikut: var c = (function(id){ /** * FunctionDeclaration to be used as a constructor. */ function MyConstructor(id) { this.id = id; this.init(); } MyConstructor.prototype = { init : function() { // function expression. // block statement with label. incrementI : { // Function scope (no block scope). |
dynamic HTML | HTML dinamik (DHTML) | Teknologi Maklumat | Perisian | Koleksi teknologi yang digunakan bersama untuk menghasilkan laman web yang interaktif dan beranimasi. Laman web ini dihasilkan dengan menggunakan bahasa penanda statik seperti HTML, bahasa penskripan seperti JavaScript, bahasa definisi persembahan seperti helaian gaya lata (CSS) dan model objek dokumen. Semasa proses pemaparan, DHTML membenarkan bahasa penskripan untuk menukar pemboleh ubah dalam bahasa definisi laman web yang akan mempengaruhi rupa dan fungsi laman web tersebut. Dengan kata lain, ciri dinamik DHTML ialah cara DHTML berfungsi ketika laman itu dipaparkan dan bukan keupayaannya untuk menjanakan laman yang unik bagi setiap laman yang dibebankan. Contoh skrip laman web yang menggunakan DHTML adalah seperti yang berikut: DHTML example
|