Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penstriman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
advanced streaming format (ASF)format penstriman lanjutan (ASF)Teknologi MaklumatTiadaFormat penstriman media yang dibangunkan Microsoft untuk menyokong penstriman audio, video dan tayangan slaid melalui Internet. Lihat penstriman media.
video streamingpenstriman videoTeknologi MaklumatPerisianProses memuat turun video pada sebarang masa yang disalurkan kepada pelayar. Antara aplikasi penstriman video ialah pengguna dapat menonton rancangan televisyen melalui Internet secara langsung atau tertunda. Contoh format fail penstriman video ialah *.wav dan *.avi.
live streamingpenstriman langsungTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaProses penghantaran data video dalam talian yang dirakam dan disiarkan secara langsung tanpa memerlukan fail yang dimuat turun sepenuhnya. Perkhidmatan penstriman langsung merangkumi media sosial, permainan video dan sukan profesional. Penstriman langsung menggunakan platform seperti Facebook Live, Periscope, Kuaishou dan lain-lain.
net radioradio jaringanTeknologi MaklumatTiadaSejenis siar web yang menggunakan penstriman teknologi audio untuk menyampaikan siaran radio melalui Internet. Pengguna memerlukan aplikasi penstriman audio seperti RealPlayer sebelum melawati tapak web radio jaringan. Teknologi ini amat popular di kalangan stesen radio kampus universiti di negara-negara maju kerana murah dan boleh dinikmati lebih ramai lagi pendengar. Radio jaringan ialah contoh teknologi tolak.
RealAudioRealAudioTeknologi MaklumatTiadaTeknologi penstriman audio yang dibangunkan oleh Realnetworks untuk mengedarkan fail bunyi kualiti radio dan FM melalui Internet dalam masa nyata. RealAudio terdiri daripada dua komponen perisian klien untuk menyahmampatkan bunyi secara serta-merta dan perisian pelayan untuk penghantarannya. Perisian klien adalah percuma, disebarkan sama ada sebagai atur cara muat turun atau sebagai sebahagian daripada perisian pelayar. Lihat juga RealPlayer, RealVideo, strim, penstriman
streamingpenstrimanTeknologi MaklumatTiadaProses penghantaran data dalam aliran berterusan dan tetap yang membenarkan pengguna mencapai dan menggunakan fail sebelum ia dihantar sepenuhnya.
streamingpenstrimanTeknologi MaklumatTiadaProses penghantaran data dalam aliran berterusan dan tetap yang membenarkan pengguna mencapai dan menggunakan fail sebelum data dihantar sepenuhnya.
streaming audiopenstriman audioTeknologi MaklumatTiadaProses penghantaran data audio yang membenarkan pengguna mendengar audio sambil ia dimuat turun ke komputer.
streaming videopenstriman videoTeknologi MaklumatTiadaProses penghantaran data video dalam aliran berterusan dan tetap yang membenarkan pengguna menonton imej video secara langsung sambil ia dimuat turun ke komputer.
video streamingpenstriman videoTeknologi MaklumatTiadaPemindahan data audio secara berterusan melalui rangkaian sambil membolehkan pengguna melihat imej video yang dimuat turun.
123

Kembali ke atas