employee insurance | insurans pekerja penting | insurans | Tiada | 1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan. 2. Dalam insurans kesihatan, istilah ini digunakan juga untuk menunjukkan Insurans Gaji Berterusan atau pelan faedah perubatan yang dibayar kepada pekerja penting dengan premium dibiayai sepenuh atau sebahagiannya oleh majikan. |
key employee insurance | insurans pekerja penting | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan. |
variant-carrier | pendukung varian | Kesusasteraan | Tiada | 1. Petanda-petanda penting yang dapat menunjukkan kelainan-kelainan bacaan di dalam sebuah teks. |
nanotechnologi | nanoteknologi | Pertanian | Agroteknologi | Cabang sains yang memberikan tumpuan pada jirim-jirim bersaiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10?9 meter). Salah satu aspek skala nano yang terpenting ialah semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan yang baru termasuk dalam bidang pertanian. Nanoteknologi memainkan peranan penting dalam pembangunan sektor pertanian, kerana boleh digunakan dalam produk pertanian untuk melindungi tumbuh-tumbuhan, memantau pertumbuhan tumbuhan dan mengesan penyakit pada tumbuhan. Contohnya, penciptaan baja organik dengan menggunakan teknologi nanosel yang dapat mengurangkan hampir separuh penggunaan racun dan baja biasa malah meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran tanaman. |
benzoquinone | benzokuinon | Herba | Fitokimia | Rangka yang paling asas bagi kuinon yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kumpulan keton terdapat pada kedudukan 1,2- atau 1,4- dan dua ikatan berganda dua terletak antara kumpulan keton. Sistem hidupan benzokuinon seperti ubikuinon dan plastokuinon memainkan peranan yang penting sebagai pembawa elektron dalam rantai pengangkutan elektron dalam mitokondria. |
form factor | faktor bentuk | Teknik | Elektrik | Nisbah di antara nilai berkesan dengan nilai purata bagi separuh gelombang arus ulang-alik. Bagi gelombang sinus faktor bentuknya ialah 1.11. faktor ini penting dalam kiraan mesin atau peranti yang menggunakan gegelung aruhan. |
concealment | penyembunyian | Sejarah | Tiada | 1. Perihal bersembunyi atau merahsiakan hal-hal penting tentang urusan sulit.,2. Tempat persembunyian, biasanya digunakan oleh pihak tentera sebagai taktik peperangan. |
histidine | histidina | Perubatan | Tiada | 1. Asid amino yang diperoleh daripada histamina dan penting untuk pertumbuhan bayi. |
equilibration | penyeimbangan | Sejarah | Tiada | 1. Perihal menjadikan sesuatu benda atau hal yang penting seimbang seperti kedudukan atau status ekonomi dan sosial dalam sesebuah negara yang mempunyai jurang yang besar antara golongan kaya dan miskin. |
ergot | ergot | Perubatan | Tiada | 1. Sejenis fungus, Claviceps purpurea, yang dapat menghasilkan alkaloid penting seperti ergotoksin, ergotamina dan ergometrina. |