Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.lah.gu.na.an] | ڤڽالهݢوناءن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) menyalahgunakan (sesuatu): ~ dadah; ~ kuasa; ~ tenaga dan kepakaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.lah.gu.na.an] | ڤڽالهݢوناءن

Definisi : perbuatan menyalahgunakan sesuatu: Kelima-lima negara bersetuju utk bekerjasama bagi menghapuskan ~ dadah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyalahgunaan

Peribahasa

126

Things past cannot be recalled

Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.

Nasi sudah menjadi bubur.

Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but Things past cannot be recalled .

Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drug abusepenyalahgunaan ubatPerubatanTiadaPenggunaan ubat selain daripada tujuan kegunaannya yang sebenar dan ini boleh melibatkan hampir semua jenis ubat. Walau bagaimanapun, ubat yang mempengaruhi sistem saraf pusat dan antibiotik lebih kerap disalahgunakan. Contohnya, penyalahgunaan opiat menyebabkan ketagihan dan masalah sosial, manakala penyalahgunaan antibiotik menyebabkan terhasilnya bakteria yang kebal.
abuse of powerpenyalahgunaan kuasaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPenggunaan kuasa secara tidak sah. Situasi ini wujud apabila pihak yang memiliki kuasa menggunakan kuasa tersebut untuk mengeksploitasi keadaan atau merugikan pihak lain tanpa boleh dijustifikasikan. Penyalahgunaan kuasa juga boleh berlaku apabila pihak berkuasa tidak berusaha secara bersungguh-sungguh mengadili pihak yang menyebabkan eksploitasi, kecederaan atau kerugian kepada pihak lain.
tyrannytiraniSains PolitikHubungan AntarabangsaDalam pemikiran klasik, tirani bermaksud penyalahgunaan kuasa oleh seorang raja yang memerintah menurut kehendak dan kepentingan diri sendiri. Secara umumnya, tirani merujuk kepada penyalahgunaan kuasa paksaan pemerintah apabila tiada kuasa undang-undang. Dalam keadaan ini, kerajaan dikuasai oleh seorang diktator yang memerintah mengikut kehendaknya tanpa memikirkan kepentingan atau kebajikan rakyat. Contohnya, pemerintahan Nazi Jerman di bawah pemerintahan Adolf Hitler.
flag-abusepenyalahgunaan benderaUndang-undangTiadaTiada
alcohol abusepenyalahgunaan alkoholPerubatanTiadaKetagihan arak yang melampau,dan biasanya mengakibatkan sirosis hepar.
substance abusepenyalahgunaan bahanPerubatanTiadaPenggunaan bahan-bahan seperti dadah, alkohol atau rokok yang memudaratkan kesihatan individu dan mengakibatkan ketagihan.
drug abusepenyalahgunaan dadahPerubatanTiadaPenggunaan dadah secara tetap dan berlebihan bukan untuk mendapatkan kesan terapeutik.
drug abusepenyalahgunaan dadahFarmasiFarmakologiPenggunaan bahan bioaktif untuk tujuan bukan terapeutik yang boleh mengganggu fungsi kesihatan, psikologi, sosial atau ekonomi individu secara serius. Bahan bioaktif yang digunakan biasanya mempunyai kesan terhadap sistem saraf pusat dan menyebabkan kebergantungan fizikal dan psikologi.
drug misusepenyalahgunaan drugFarmasiFarmakologiPenggunaan bahan bioaktif atau ubat untuk tujuan perubatan secara tidak rasional seperti penggunaan dos yang berlebihan, penggunaan yang berpanjangan atau pemilihan drug yang tidak sesuai.Contohnya, penggunaan agen antibakteria untuk rawatan jangkitan virus.
toluene abusepenyalahgunaan toluenaPerubatanPsikiatriPenggunaan toluena selain daripada tujuan kegunaan yang sebenar dan boleh menyebabkan kegelisahan, kekeliruan dan gangguan kognitif.
1234567

Kembali ke atas