Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.dia] | ڤڽديا

Definisi : orang (institusi, badan, dsb) yg menyediakan sesuatu: ~ makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyedia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
service providerpenyedia perkhidmatanPentadbiranPentadbiran Awam

Entiti yang menawarkan kemudahan kepada entiti-entiti lain. Penyedia perkhidmatan boleh dirujuk dalam konteks kebajikan, kesihatan, keselamatan, keselesaan, pendidikan dan teknologi. Penyedia perkhidmatan akan memberikan kesan positif kepada individu, masyarakat dan organisasi untuk memudahkan urusan dan melancarkan sistem pentadbiran. Antara contoh penyedia perkhidmatan ialah akses Internet, pengendali telefon bimbit, pengaturcaraan aplikasi laman web, sistem penghantaran dan sebagainya.

healthcare providerpenyedia jagaan kesihatanKesihatan AwamTiadaIndividu atau institusi berlesen yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan seperti rawatan kecemasan, pencegahan, pemulihan jangka panjang, hospital, diagnostik, primer, paliatif, dan rawatan di rumah dengan cara yang sistematik kepada individu, keluarga atau masyarakat.
cloudawan-TiadaTeknologi yang menyimpan e-buku di pelayan penyedia dan boleh diakses oleh pengguna.
seating arrangementsusunan tempat dudukPelanconganTiadaSistem aturan tempat duduk yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan untuk disesuaikan dengan keperluan pelanggan, seperti susunan tempat duduk di bilik mesyuarat dan dewan.
pay-per-clickbayar per klikUmumTiadaModel pengiklanan dalam talian apabila pengiklan membayar kepada penyedia tapak web setiap kali pautan iklan diklik oleh pengguna.
burner phonetelefon guna hapusKomunikasiTiadaTelefon bimbit yang menggunakan kad telefon prabayar tanpa kontrak rasmi dengan penyedia komunikasi. Telefon guna hapus biasanya akan dilupuskan selepas digunakan.
NP (number portability)NP (kemudahalihan nombor)Teknologi MaklumatTiadaKeupayaan pengguna untuk mengekalkan nombor telefon geografi dan bukan geografi apabila bertukar penyedia perkhidmatan atau lokasi atau perkhidmatan.
utility SAN arrayutiliti tatasusunan rangkaian kawasan storan (SAN)Teknologi MaklumatPerisianTatasusunan storan yang direka bentuk untuk menjadi asas storan bagi seni bina pengkomputeran utiliti. Seni bina ini menyediakan platform yang membolehkan penyedia perkhidmatan menjadi syarikat Teknologi Maklumat yang menawarkan perkhidmatan utiliti. Contoh perkhidmatan utiliti ialah perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) dan perkakasan sebagai perkhidmatan (HaaS). Perkhidmatan ini termasuk juga model perniagaan jaringan sosial yang diberi melalui Internet dan pengkomputeran awan yang merupakan trend masa kini. Contoh tatasusunan storan utiliti ialah 3PAR InServ Storage Servers, NetApp FAS GX Series dan Pillar Data Systems Axiom.
distinctive competencekewibawaan tersendiriPengurusanPerancanganKeupayaan khusus sesebuah syarikat yang mampu bertahan lama dan berupaya membantu syarikat mencapai prestasi ekonomi yang baik atau lebih tinggi daripada syarikat pesaing. Contohnya, syarikat pengeluar perabot atau penyedia khidmat perancang perkahwinan yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan produk yang berinovatif, mampu milik dan mengikut citarasa semasa yang diingini pengguna.
protocol addressalamat protokolTeknologi MaklumatTiadaAlamat numerik yang diberikan kepada pelayan dan pengguna yang mencapai Internet. Bagi pelayan, alamat protokol diterjemahkan ke dalam bentuk pelayan nama domain (DNS). Bagi pengguna, alamat protokol diberikan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP)
12

Kembali ke atas