edge preparation | penyediaan pinggir/penyediaan tepi | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
slice preparation | penyediaan hirisan | Pergigian | Tiada | Sejenis penyediaan gigi yang menghasilkan hujung pinggir yang tirus. Penyediaan jenis ini tidak membuang banyak struktur gigi dan dilakukan bagi kaviti yang mempunyai karies yang tidak dalam. |
gingival bevel | bevel gingiva | Pergigian | Tiada | Penyediaan gigi yang berbentuk serong sebanyak 450 dari paksi mendatar kaviti di lantai gingiva. Penyediaan bevel ini selalunya dibuat untuk penyediaan kaviti restorasi logam seperti inlai dan onlai. Ia dibuat bagi memudahkan padanan tuangan inlai atau onlai di pinggir kaviti kerana penyediaan ini akan menyebabkan terbentuknya logam yang nipis di pinggir kaviti. Logam yang nipis ini mudah digilap untuk diadaptasikan di pinggir kaviti. Sekiranya bevel gingiva tidak dibuat, logam yang terbentuk di pinggir akan tebal. Sekiranya terdapat kekurangan logam tuangan menyebabkan ia tidak dapat digilap kerana logam yang tebal adalah keras dan tidak mudah diadaptasi. |
fast food | makanan segera | Gerontologi | Tiada | Makanan berproses seperti mi segera dan susu segera yang memerlukan penyediaan minimum dan masa penyediaan yang singkat sebelum dimakan. |
instant food; fast food | makanan segera | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | 1. Makanan berproses yang memerlukan penyediaan minimum dan masa penyediaan yang singkat sebelum dimakan. Contohnya, susu segera, pau sejuk beku, dan mi segera. 2. Makanan yang disediakan dengan cepat oleh restoran makanan segera. Contohnya, burger, ayam goreng, dan pizza. |
shoulder margin | pinggir bahu | Pergigian | Tiada | Bentuk penyediaan gigi yang dibuat pada kawasan pinggir servikal dan berbentuk bahu (bersudut tepat). Penyediaan pinggir ini selalunya pada restorasi ekstrakorona seramik terikat logam. Penyediaan jenis ini melibatkan pembuangan struktur gigi yang banyak iaitu 1.5 mm kerana memberi ruang untuk bahan seramik dan logam. Lihat gambar. |
chamfer margin | pinggir camfer | Pergigian | Tiada | Bentuk penyediaan gigi yang dibuat pada kawasan pinggir servikal dan berbentuk serong. Penyediaan pinggir ini selalunya disediakan pada restorasi logam ekstrakorona bagi mendapatkan padanan pinggir yang baik. Sebanyak 0.5 mm struktur gigi dikurangkan dalam penyediaan jenis ini kerana logam yang akan digunakan adalah kuat walaupun dalam ketebalan tampalan yang nipis. Lihat gambar. |
target preparation | penyediaan sasaran | Kejuruteraan | Tiada | Penyediaan bahan sasaran bagi melakukan tindak balas nukleus. |
slot preparation | penyediaan slot | Pergigian | Tiada | Penyediaan gigi intrakorona bagi mendapatkan pegangan untuk restorasi inlai atau kaviti amalgam kelas II. Slot ini berbentuk alur dan dapat menahan restorasi daripada tercabut keluar dari kaviti. Slot ini dibuat di dinding bukal dan lingual permukaan proksimal kaviti. |
preparation of pitch | penyediaan lapangan | Sukan | Tiada | Penyediaan dan pengurusan kawasan lapangan tengah. |