Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.dut] | ڤڽدوت

Definisi : sesuatu (alat dll) yg menyedut; ~ air batu pembuluh utk menyedut air batu, straw; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.dut] | ڤڽدوت

Definisi : alat utk menyedut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedut
Kata Terbitan : menyedut, penyedut, penyedutan, tersedut, sedutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
suckerpenyedutTeknikElektrikAlat untuk menyedut saki-baki pateri yang cair atau tertinggal semasa proses menanggalkan komponen elektronik yang dipateri agar mudah dipisahkan komponen itu daripada sambungannya. Ada pelbagai jenis penyedut, termasuk penyedut pam, penyedut udara, dan penyedut vakum.
sucker rod couplinggandingan rod penyedutKejuruteraanPetroleumGegasan yang mempunyai bebenang di bahagian dalamnya yang digunakan untuk menyambung rod-rod penyedut yang digunakan dalam sistem pengenapam rod penyedut supaya terbentuk rentetan rod penyedut.
sucker-rod pumppam rod penyedutKejuruteraanPetroleumSinonim : pam rod. Pam atau pasangan dalam lubang yang digunakan untuk membantu pengangkatan bendalir dari dalam lubang telaga ke permukaan dengan tindakan maju mundur atau penyalingan rentetan rod penyedut. Komponen dasarnya adalah pelocok, ceropong kerja, injap dan rentetan rod penyedut. Terdapat dua jenis pam rod penyedut, iaitu pam tetiub dan pam sisipan rod penyedut. Biasanya digunakan pada telaga pengeluaran yang tidak mampu lagi untuk mengeluarkan minyak dengan sendiri.
sucker-rod insert pumppam sisipan rod penyedutKejuruteraanPetroleumSejenis pam rod penyedut. Dalam penggunaannya, pam tersebut dimasukkan ke dalam lubang telaga yang berpengeluaran sebagai satu unit yang lengkap. Rujuk : pam rod penyedut.
plungerpelocokKejuruteraanPetroleumKomponen dasar bagi pasangan pam rod penyedut yang akan bergerak ke atas dan ke bawah di dalam cerompong kerja. Pergerakannya dilakukan dengan bantuan rentetan rod penyedut. Dalam pasangan pam rod penyedut, komponen ini berada di atas injap pegun tetapi di bawah injap bergerak.
travelling valveinjap bergerakKejuruteraanPetroleumSatu daripada dua jenis injap yang terdapat pada sistem pengepaman rod penyedut yang akan bergerak dengan bantuan pergerakan rentetan rod penyedut. Injap ini mengandungi bebola yang akan mengawal kemasukan bendalir. Ketika pam rod penyedut berada pada kedudukan lejang ke atas, berat bendalir yang berada di atas bebola injap akan menyebabkan bebola duduk di tempatnya (injap tertutup) sehingga bendalir tidak akan mengalir masuk ke turus pengeluaran. Ketika pam berada pada kedudukan lejang ke bawah pula, bebola tidak berada pada tempatnya (injap terbuka) sehingga bendalir akan mengalir masuk ke dalam turus pengeluaran.
sucker rodrod penyedutKejuruteraanTiadaRod keluli yang digunakan dalam sistem pengepaman rod penyedut.
travelling barrel pumppam ceropong bergerakKejuruteraanPetroleumPam sisipan rod penyedut yang mempunyai ceropong kerja yang boleh bergerak dan pelocoknya tetap diam. Ceropong kerjanya dihubungkan ke rentetan rod penyedut dengan menggunakan penghubung dan injap bergerak, sedangkan injap pegun dihubungkan ke bahagian atas pelocok. Rujuk : pam sisipan rod penyedut.
sucker-rod tubing pumppam tetiub rod penyedutKejuruteraanPetroleumSejenis pam rod penyedut yang ceropong kerjanya dilekatkan pada tetiub. Dengan demikian, dalam penggunaannya, pam berkenaan diturunkan ke dalam lubang terlaga minyak berpengeluaran secara terpisah-pisah atau satu per satu, iaitu tidak sebagai satu unit lengkap.
pony rodrod keldaiKejuruteraanPetroleum1) Rod penyedut yang digunakan pada pam rod penyedut yang panjangnya kurang daripada 25 kaki. 2) Rod yang disambungkan ke rod penghubung dan rod omboh dalam pam lumpur.
12345678910...

Kembali ke atas