penyisihan | penyisihan | Kesenian | Tiada | Proses membuang atau membersihkan ranting-ranting kecil atau daun-daun pada batang buluh dengan parang atau pisau. |
allelic exclusion | penyisihan alel | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses yang merujuk hanya satu alel daripada gen ditunjukkan, manakala alel yang lain dikaburkan. Penyisihan alel menguraikan alel mutan bagi gen yang menghasilkan fenotip yang berbilang. Setiap satu alel membawa satu titik mutasi antara kawasan berbeza bagi gen yang sama. Kebanyakan gen individu mewarisi satu salinan bagi setiap gen daripada tiap-tiap ibu bapa. Sekurang-kurangnya dua keadaan pemilihan yang berbeza boleh menjurus kepada penyisihan alel. Dalam satu keadaan, satu alel gen boleh berkeadaan senyap semasa transkripsi dan akan menghasilkan ungkapan alel yang kedua. Dalam keadaan yang lain, kedua-dua alel boleh ditranskripsikan, seterusnya mekanisme akan menjurus kepada penghapusan produk protein daripada satu sel pasca transkripsi dan pasca penterjemahan. |
sorting | penyisihan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Proses pengasingan mengikut kategori makanan berasaskan ciri yang boleh diukur. Penyisihan merupakan satu daripada operasi unit yang biasanya dikendalikan sebelum pemprosesan berikutnya dan boleh dianggap sebagai sebahagian daripada operasi penggredan. |
exclusion | penyisihan | Biologi | Patologi | Pengawalan penyakit tumbuhan dengan cara menghalang kemasukan patogen ke dalam sesuatu kawasan yang belum terjangkit, biasanya melalui karantina. |
alienation | penyisihan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat pengasingan. |
exclusion | penyisihan | Umum | Tiada | Keadaan yang dihadapi oleh OKU atau komuniti yang dihalang atau dinafikan hak untuk memperoleh peluang dan menggunakan kemudahan awam. |
frost sorting | penyisihan ibun | Geografi | Tiada | Tiada |
labour displacement | penyisihan buruh | Kependudukan | Tiada | Tiada |
class exclusion | penyisihan kelas | Pendidikan | Tiada | Tiada |
conditional exclusion | penyisihan bersyarat | Perpustakaan | Tiada | Tiada |