Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.pa.tah] | ڤڤاته

Definisi : sj peribahasa yg mengandungi nasihat, ajaran (perkataan) orang tua-tua dll, bidal; ~ adat perkataan (peribahasa) mengenai adat, kata adat; ~ dan petitih berbagai peribahasa; berpepatah menyebut (memakai) pepatah: pandai benar kanda ~; pematah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.pa.tah] | ڤڤاته

Definisi : peribahasa yg berisi nasihat dll; kata-kata orang tua-tua yg terdapat ajaran di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pepatah
Rujuk :peribahasa

Peribahasa

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pepatahpepatahKesusasteraanPuisiBentuk susunan pengucapan yang disampaikan dalam baris dan perenggan yang biasanya pendek. Bentuk pepatah ini mengandungi unsur-unsur nasihat, pengajaran dan juga fikiran yang benar. Contohnya, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.
pepatahpepatahKesusasteraanTiadaTiada
sayingpepatah; bidalanLinguistikTiadaTiada
proverbbidalanKesusasteraanPuisiPepatah atau peribahasa yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Pada kebiasaannya isi ataupun amanat yang terkandung dalam sesuatu bidalan itu merupakan nasihat, peringatan, sindiran dan juga panduan hidup. Penyusunan kata� katanya juga lurus dan sederhana supaya dalam maksud yang hendak disampaikan mudah difahami oleh khalayak. Contohnya, seperti di bawah. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
apothegmapotegmaKesusasteraanTiadaKata-kata atau pepatah yang ringkas tetapi bernas menggambarkan ciri-ciri kebenaran atau persepsi kehidupan ini.
apothegmapotegmaSejarahTiadaKata-kata atau pepatah yang ringkas tetapi bernas menggambarkan ciri-ciri kebenaran atau persepsi kehidupan ini.
apothegmmutiara kataKesusasteraanTiadaKata-kata atau pepatah yang ringkas tetapi bernas menggambarkan ciri-ciri kebenaran atau persepsi kehidupan ini.
ungkapanungkapanKesenianTiadaUnsur yang mengambil bentuk dari ungkapan pepatah dan peribahasa.
aphorismaforismeKesusasteraanTiadaUngkapan ringkas yang mengandungi nasihat, panduan dan sindiran seperti bidalan atau pepatah.
tamsiltamsilKesusasteraanTiadaMisalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, �diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat�, �kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi�. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kam
12

Kembali ke atas