masnawi | masnawi | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi Arab yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu. Ia mempunyai empat baris bersajak berpasangan. Isinya ialah untuk melahirkan perasaan kasih sayang dan pemujaan terhadap orang Temama, memuja semangat kepahlawanan dan ada juga berunsur falsafah atau fikiran yang mengandungi pengajaran. Setakat mi yang ada hanyalah bentuk masnawi yang diterjemahkan atau yang dipetik secara langsung. Contohnya, Umar yang adil dengan perinya, Nyatalah pun adil sama sendirinya Dengan adil itu anaknya dibunuh, Inilah adalat yang benar dan sungguh. Dengan bedah antara isi alam. Ialah yang besar pada siang malam. Lagipun yang menjauhkan segala syiar. Imamulhak di dalam padang Mahsyar, Barang yang hak taala katakan itu, Maka katanya sebenarnya begitu. |
schizophrenia | skizofrenia | Perubatan | Tiada | Gangguan psikosis yang dicirikan dengan pemikiran yang bercelaru dan tidak benar, dan diiringi dengan delusi serta halusinasi. Pesakit biasanya cenderung untuk memencilkan diri dan hilang perasaan kasih sayang terhadap keluarga dan sahabat handai. Penyakit ini mungkin merupakan penyakit keturunan dan puncanya belum diketahui lagi. |
emotional appeal | pemikat perasaan | Komunikasi | Korporat | Usaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan perasaan. Pendekatan perasaan dalam iklan diwujudkan dalam bentuk penulisan, pertuturan, lakonan, pemilihan warna, ruang, muzik, dan masa. Dalam bentuk penulisan, pemilihan kata-kata dan gaya penulisan perlu dilakukan secara kreatif. Dalam pertuturan dan lakonan, intonasi dan aspek komunikasi bukan lisan boleh mewujudkan kesan perasaan. Sementara itu, warna, ruang, muzik, dan masa yang dipilih untuk mengiringi sesuatu iklan boleh menguasai perasaan khalayak sekiranya bersesuaian dengan keperluan sesuatu iklan. Penggunaan pendekatan pemikat perasaan dalam iklan ialah amalan biasa kerana perasaan merupakan salah satu unsur utama dalam menentukan keputusan. Unsur perasaan boleh wujud dalam bentuk positif dan negatif. Contoh unsur perasaan positif ialah kasih sayang, rindu, simpati, empati, kasihan, seronok, bangga, dan gembira. Selain itu, suasana senja, hujan, matahari naik atau turun |
passion | ghairah; nyala rasa | Kesusasteraan | Puisi | Perasaan yang diungkapkan oleh penyairnya. Umpamanya perasaan cinta, kasih sayang dan rindu dendam yang amat sangat. |
psychological needs | keperluan psikologi | Gerontologi | Tiada | Faktor dalaman seperti ketenangan, kasih sayang dan perasaan dihormati yang perlu dipenuhi supaya individu itu mendapat kestabilan psikologi. |
love | cinta; kasih sayang | Kesusasteraan | Tiada | Perasaan sangat sayang kepada negara, orang tua, kebebasan dan lain-lain. |
lieblich | lieblich | Muzik | Tiada | Pemuzik bermain dengan perasaan yang penuh dengan kasih sayang dalam gaya muzik yang lemah lembut. |
copy approach | kaedah naskhah | Komunikasi | Korporat | Pendekatan penulisan dan persembahan mesej pengiklanan dalam media cetak atau elektronik. Strategi persembahan mesej bergantung pada jenis barangan, khalayak sasaran dan jenis kesan yang hendak ditinggalkan. Antara pendekatan persembahan yang biasa digunakan termasuklah pendekatan emosi, pendekatan fakta dan saintifik, dan pendekatan ugutan. Pendekatan persembahan mesej secara emosi melibatkan usaha menguasai perasaan khalayak seperti melalui perasaan simpati, kasih sayang, pujukan, kesedihan, dan penderitaan. Iklan jenis ini biasanya melibatkan kanak-kanak, ibu tunggal, orang tua, atau mangsa sesuatu kejadian sebagai alat untuk menguasai perasaan khalayak. Pendekatan persembahan mesej secara fakta memerlukan pengiklan menggunakan data saintifik untuk menyokong sesuatu dakwaan mengenai kehebatan sesuatu barangan yang diiklankan. Iklan jenis ini biasanya menggunakan keputusan kajian di makmal sebagai bahan untuk mendapatkan keyakinan khalayak. Sementara pendekatan ugutan memaparkan mesej yang memberi amaran ke |
Oedipus complex | kompleks Oedipus | Kesusasteraan | Tiada | Nafsu seks seseorang anak lelaki terhadap ibu kandungnya. Istilah ini dipinjam daripada bidang psikiatri. Kajian yang dilakukan oleh Sigmund Freud mendapati anak lelaki yang mencapai usia antara tiga hingga enam tahun akan memasuki satu fasa, iaitu dia mempunyai nafsu seks terhadap ibunya. Perasaan ini timbul kesan daripada rasa persamaan atau identifikasi anak dengan ibunya yang mengakibatkan anak itu berasa cemburu dan benci terhadap bapanya. Si anak mula menganggap bapanya sebagai lawan bagi merebut perhatian dan kasih sayang ibu. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Oedipus dalam drama Oedipus Rex yang menceritakan bagaimana Oedipus membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya. Dalam budaya Nusantara, konsep ini sudah ada sejak dahulu seperti yang terakam dalam mitos Sunda bertajuk Sangkuriang. Mitos ini diterapkan dalam karya Ajip rosidi yang juga berjudul Sangkuriang. Hal yang sama turut dirasai anak perempuan apabila mempunyai nafsu seks terhadap bapanya, dan situasi ini disebut kompleks Electra. Isti |