Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.wan] | ڤراون

Definisi : yg merawankan hati: ~ hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.wan] | ڤراون

Definisi : 1. anak dara, gadis: Ramli ingin mengetahui adakah ia ~ atau janda, atau sudah menjadi isteri orang; ~ tua anak dara tua; 2. belum berkahwin (gadis), belum hilang dara: ia masih ~; sudah hilang ~nya sudah hilang daranya; keperawanan perihal perawan, kegadisan, kesucian: kalau terlalu bebas bergaul dgn lelaki orang akan meragukan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.wan] | ڤراون

Definisi : 1 anak dara; gadis: Pak Ali mempunyai empat orang anak ~. 2 belum berkahwin; belum hilang daranya: Dia masih ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perawan (kata nama)
Bersinonim dengan gadis, dara, sunti, perempuan, puteri, nona, pemudi, beliawanis, dayang, amoi, bikir, upik;,
Kata Terbitan : keperawanan,

Peribahasa

Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang.

Bermaksud :

Perawan tua tidak dipinang orang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spinsterperawanKependudukanTiadaTiada
VirgoVirgo/Sumbulat (Perawan)MatematikTiadadan beberapa bintang magnitud ketiga, yang termasuk Ponima.
kiasankiasanKesusasteraanPuisiGaya bahasa yang membandingkan sesuatu objek atau manusia dengan objek atau manusia yang lain. Contohnya, 'wajahnya bagai perawan dua puluh satu' dipetik daripada puisi "Kota Cinta Kota Duka" karya Ma'arof Saad.
simileperbandinganKesusasteraanPuisiGaya bahasa yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas. Ini kerana perbandingan itu menggunakan kata-kata tertentu, iaitu bagai, seperti, bak, laksana dan umpama. Contohnya, 'halus bagai jari-jari perawan' petikan daripada puisi "Pantaiku" karya Shamsuddin Jaafar. Sinonim simili.
metrische bewerking (Bld.)olahan terikatKesusasteraanTiadaPuisi-puisi yang mempunyai bentuk-bentuk khusus. Contoh: Pantun: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Syair: Bulan pun sebelah disaput awan, Seperti muka anak perawan; Mengintai kekasihnya malu-maluan, Berputeralah puteri seorang perempuan. Tembang: Adhuh biyung adhuh nini, rahayune durung sida, wis moh dadi wong, anggandhek, apa ta maneh, jinangkah, ngena-ngene tan enak, lah dalah uwis katemu, katekan katekku baya.

Kembali ke atas