individual difference | perbezaan individu | Pendidikan | Tiada | Tiada |
individual difference | perbezaan individu | Sosiologi | Tiada | Tiada |
individual difference | perbezaan individu | Psikologi | Tiada | Tiada |
communication barrier | rintangan komunikasi | Sosiologi | Tiada | Halangan yang menjadi batasan komunikasi untuk menyampaikan maklumat disebabkan perbezaan individu, persepsi, umur dan lain-lain. |
individual differences | perbezaan individu | Pendidikan | Tiada | Ciri-ciri peribadi seperti intelektual, personaliti dan sosioemosi yang membezakan antara individu. |
racial discrimination | diskriminasi ras | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan membeza-bezakan individu atau kumpulan individu yang lain kerana prasangka terhadap ciri fizikal, budaya, bahasa dan agama individu atau kumpulan individu tersebut. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, peruntukan undang-undang mengenai diskriminasi ras terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Ras 1965. Konvensyen tersebut mentakrifkan diskriminasi ras sebagai pembezaan, pengecualian, kekangan atau tindakan memberi kelebihan kerana ras, warna, keturunan atau asal-usul dengan tujuan atau kesan yang menidakkan atau mencacatkan pengiktirafan, penikmatan dan pelaksanaan hak dan kebebasan asasi dalam aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan kehidupan awam lain secara saksama. Walau bagaimanapun, konvensyen ini tidak terpakai kepada perbezaan layanan yang diberikan antara warganegara dan bukan warganegara. Diskriminasi ras juga tidak mencakupi langkah khas yang memberikan kelebihan kepada ras atau etnik tertentu yang memerlukan perlindun |
crossover study | kajian pindah silang | Farmasi | Farmaseutik | Kajian perbandingan bioketersediaan yang direka untuk mengambil kira perbezaan bioketersediaan akibat perbezaan antara pelbagai kumpulan individu. Lihat juga bioketersediaan. |
heritability | keterwarisan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Perkadaran variasi fenotip daripada ibu bapa yang boleh dilihat pada anak. Perbezaan keterwarisan pada populasi boleh dikaitkan dengan perbezaan genetik individu. |
genotyping | pengenotipan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses menentukan perbezaan dalam tokokan genetik individu dengan memeriksa jujukan DNA menggunakan asai biologi dan membandingkannya dengan jujukan DNA individu lain atau jujukan rujukan. Proses ini memperlihatkan alel yang diwarisi daripada induk. |
differentiated instruction | pengajaran terbeza | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Strategi pengajaran yang mengambil kira keperluan dan perbezaan setiap individu yang merangkumi gaya belajar, tahap kesediaan dan kebolehan seseorang pelajar menguasai isi kandungan pelajaran. Pengajaran terbeza berlaku apabila guru menggunakan strategi, bahan bantu mengajar dan aktiviti yang khusus kepada setiap pelajar supaya mereka dapat mencapai tahap penguasaan yang ditentukan mengikut kebolehan masing-masing. |