coalescence process | proses percantuman | Sains | Hidrometeorologi | Perkembangan titisan hujan melalui perlanggaran dan percantuman titisan awan dan/atau zarah kerpasan kecil. Dalam keadaan sederhana kadar perkembangan titisan hujan melalui proses percantuman, iaitu kira-kira dua puluh minit, menukarkan titisan awan kepada hujan dalam awan olakan. Keadaan yang menggalakkan termasuk halaju angin meninggi yang kuat, kandungan air cecair yang banyak, dan spektrum saiz titisan awan sekurang-kurangnya mengandungi sederhana banyak titisan awan yang besar. Titisan awan besar ini mempunyai halaju jatuh yang cukup berbeza daripada titisan sekitarnya sehingga boleh memulakan proses keluar cepat dari titisan-titisan kecil. |
merger | percantuman | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menyatukan dua atau lebih pertubuhan, badan atau institusi kepada satu unit yang lebih besar. Percantuman ini akan menghapuskan entiti asal badan masing-masing dan ini membezakannya dengan konsep gabungan atau kerjasama. Dengan percantuman ini, satu badan yang baharu terbentuk tetapi di dalamnya terdapat beberapa badan yang pelbagai. Satu imej baru muncul dalam pertubuhan ini dan sekali gus meninggalkan ciri-ciri terdahulu. Contoh percantuman ialah penyatuan Parti Keadilan dengan Parti Rakyat Malaysia menjadi Parti Keadilan Rakyat Malaysia pada tahun 2004. |
fused teeth | gigi bercantum | Pergigian | Tiada | Percantuman dua germa gigi semasa pembentukan gigi. Ini menghasilkan gigi yang agak besar dan juga menyebabkan kehilangan satu gigi di dalam arkus. Percantuman boleh berlaku di bahagian korona sahaja ataupun keseluruhan gigi. Percantuman ini berlaku akibat gangguan seperti jangkitan dan trauma. |
coalescence efficiency | kecekapan percantuman | Sains | Hidrometeorologi | Sebahagian daripada bilangan perlanggaran antara titisan-titisan air yang menyebabkan percantuman titisan tersebut dan pembentukan titisan yang lebih besar. |
karyogamy | kariogami | Biologi | Tiada | Percantuman dua nukleus seks yang menyebabkan pertukaran bahan nukleus berlaku selepas percantuman sitoplasma yang terlibat. |
anastomosis | anastomosis | Biologi | Mikologi | 1. Percantuman yang berlaku secara menyerong sehingga membentuk sudut atau jejala, misalnya percantuman insang, alur atau kedutan pada pileus. 2. Pertaupan sel-sel vegetatif kulat yang berlaku secara tidak teratur dan dapat menyebabkan perpindahan nukleus. |
synchondrosis | sinkondrosis | Biologi | Histologi dan Sitologi | Percantuman khusus di antara dua tulang yang terdiri daripada gentian rawan. Percantuman seumpama ini mengehadkan pergerakan tulang tersebut dan menjadi sendi tak bergerak. |
ligase | ligase | Sains Forensik | Tiada | Enzim yang memangkinkan percantuman dua molekul. Contohnya, enzim ligase DNA yang memangkinkan percantuman dua segmen DNA digunakan dalam tindak balas rantai ligase (LCR) dalam pemprofilan polimorfisme nukleotida tunggal (SNP) bagi genetik forensik. |
merging | percantuman | Komputer | Tiada | Tiada |
merging | percantuman | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |