conflict of interest | konflik kepentingan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pertentangan atau percanggahan yang wujud di antara individu, kelompok atau organisasi terhadap sesuatu perkara yang menjadi keutamaan. Konflik ini boleh wujud dalam pelbagai keadaan seperti perbezaan pendapat dan pandangan, perebutan jawatan, perebutan sumber yang terhad, persaingan yang tidak sihat, kronisme dan nepotisme. |
political problem | masalah politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Masalah yang wujud berkaitan dengan hubungan personel, persaingan jawatan, perebutan kuasa, campur tangan autoriti atau sebarang kaitan dengan kerajaan dalam sesuatu pentadbiran. Punca masalah politik ialah perebutan kepada sumber asas yang tidak mencukupi seperti kedudukan, kuasa, jawatan, kepentingan mahupun pengiktirafan dan gelaran. Masalah politik selalu dikaitkan dengan hubungan antara pekerja dengan pekerja, pekerja dengan majikan dan organisasi dengan pihak yang berkuasa. Kedudukan hierarki yang berbeza boleh menyebabkan persaingan kepentingan yang mendorong kepada suatu masalah politik. Kadangkala wujud juga masalah politik yang berkaitan dengan persaingan organisasi tersebut dengan organisasi lain. |
scambling process | proses perebutan | Kimia | Tiada | Tiada |
thread | bebenang | Teknologi Maklumat | Perisian | Jujukan pelaksanaan atur cara secara bersendirian terutamanya dalam perebutan penggunaan sumber atau perkhidmatan komputer. Pelaksanaan bebenang biasanya dibuat secara serentak dalam ruang alamat yang sama dan berkongsi perkhidmatan sistem pengendali seperti penimbal I/O dengan bebenang yang lain. Keadaan ini membolehkan penangguhan dan pelaksanaan semula bebenang dibuat dengan kadar yang segera. |
abdication crisis | krisis turun takhta | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan sesebuah pemerintahan monarki yang mengalami krisis perebutan takhta antara dua atau lebih putera/puteri raja terhadap jawatan raja atau permaisuri yang dilepaskan. Krisis ini boleh membawa kepada ketidakstabilan politik yang akan mencetuskan konflik istana yang berlarutan. Contohnya, krisis antara Raja Hussein dengan Putera Abdullah yang merebut takhta kerajaan Jordan peninggalan ayahanda mereka. |
dark horse | kuda hitam | Sains Politik | Politik Perbandingan | lndividu yang tidak popular, dipilih untuk menyelesaikan persaingan atau perebutan jawatan atau kedudukan tertentu oleh sekumpulan individu yang menaruh minat yang amat tinggi terhadap jawatan tersebut. Bagi mengelak keadaan konflik dan ketidakstabilan wujud maka seorang calon dipilih daripada kalangan yang tidak menaruh minat terhadap jawatan tersebut. Walaupun begitu, masyarakat sedar bahawa individu yang dipilih itu ialah kuda hitam yang bertujuan menghindarkan konflik. |
micropolitics | mikropolitik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Aksi dan tingkah laku politik yang terjadi di peringkat bawahan dan berkait rapat dengan perkara yang lebih kecil tetapi menggunakan saluran politik yang formal seperti mesyuarat parti, perebutan jawatan dalam persidangan dan sebagainya. Tindakan politik ini boleh menggunakan saluran rasmi dan tidak rasmi bagi mencapai sesuatu matlamat. Tindakan ini berlaku di peringkat mikro atau dalam sesuatu pejabat, organisasi, sekolah, kampung atau bandar. Isu yang menjadi persoalan sering berkait dengan ketidakpuasan hati terhadap ketua, iri hati dengan rakan, perebutan jawatan atau pangkat dan konflik peribadi yang dikaitkan dengan organisasi. Persoalan siapa yang rapat dengan ketua dan siapa mendapat apa, bila dan bagaimana merupakan persoalan utama di sini. Ia berbeza dengan makropolitik yang lebih menyentuh persoalan keselamatan negara, pilihan raya nasional, dasar luar dan dasar pembangunan ekonomi. |
social conflict | konflik sosial | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pergaduhan, perbalahan atau konfrontasi yang wujud dalam kalangan masyarakat. Konflik sosial sering kali dilihat dalam bentuk perebutan kuasa, pertindihan autoriti, perbezaan ideologi, percanggahan maklumat, dan pertikaian pendapat dan fahaman. Konflik sosial akan membawa kesan negatif kepada kestabilan politik, kedudukan ekonomi dan kesejahteraan awam. Antara contoh konflik sosial adalah ialah pertelingkahan melibatkan jawatan, konflik kepentingan, persaingan yang tidak sihat serta pertelingkahan melibatkan peranan sosial. |
racial conflict | konflik ras | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertentangan yang melibatkan kaum atau ras yang berbeza. Pertentangan ini boleh berlaku dalam bentuk kekerasan atau tanpa keganasan. Konflik ini boleh juga tercetus kerana prasangka yang serius, ketidakseimbangan ekonomi, perebutan kuasa politik, faktor primordial seperti bahasa, agama, warna kulit, budaya dan didalangi oleh pihak lain. Konflik ini boleh berlaku melalui penglibatan kerajaan atau bebas daripada campur tangan mereka dan boleh juga menyebabkan korban yang banyak seperti yang berlaku di Yugoslavia pada tahun 1992-1995. |
zero-sum game | mainan campur tolak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang menggambarkan keuntungan kepada sesuatu pihak dan membawa kerugian kepada pihak lain. Keadaan ini hanya membenarkan seorang juara atau pemenang dan tidak boleh dikongsi bersama. Contohnya, perebutan takhta oleh dua orang putera raja. Kemenangan salah seorang membawa makna kekalahan kepada pihak yang satu lagi. Kedua-dua putera tidak boleh menjadi raja dalam satu masa. Sifat politik Malaysia dari perspektif perkauman sering menggambarkan mainan campur tolak apabila sesuatu kaum yang mendominasi sesuatu bidang akan membawa kepada usaha pengekalan status quo. Sinonim mainan zero-sum. |