Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ren.ca.tan] | ڤرنچتن

Definisi : perihal merencatkan, perihal terencat (terbantut): ~ pertumbuhan jika berterusan lambat-laun akan membunuh kulat juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rencat
Kata Terbitan : merencatkan, terencat, kerencatan, perencatan, perencat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
enzyme inhibitionperencatan enzimHerbaFitokimiaPencegahan sesuatu proses enzim yang disebabkan oleh saling tindakan antara zat tertentu dengan enzim. Perencatan enzim juga boleh bermaksud gangguan pada tahap enzim, yang pada asasnya merujuk kepada cara enzim itu bertindak sama ada perencatan bersaing, perencatan tak bersaing, perencatan bukan bersaing atau perencatan bersaing separa.
feedback inhibitionperencatan suap balikBioteknologiTiadaPerencatan aktiviti enzim yang dikaitkan dengan peringkat awal pada tapak jalan berbilang langkah oleh metabolit yang dihasilkan melalui tindak balas pada tapak jalan itu. Perencatan ini merupakan mekanisme pengawalan yang terbentuk akibat pengikatan hasil pada tapak alosterik enzim.
antisense RNARNA antiertiFarmasiBioteknologi FarmasiAgen terapeutik, iaitu bebenang RNA tunggal yang mempunyai jujukan nukleotida yang komplementari dengan transkrip RNA sasaran. Penghibridan RNA antierti kepada transkrip RNA menyebabkan berlakunya perencatan sementara penghasilan protein. Perencatan protein terjadi melalui tindakan enzim yang memusnahkan gandingan RNA antierti-transkrip RNA. Mekanisme perencatan protein juga terjadi akibat penutupan tapak ikatan ribosom oleh RNA antierti pada mRNA. Contoh aplikasi RNA antierti ialah tomato Flavr Savr yang diubah suai untuk melambatkan tindakan enzim peranuman. RNA antierti juga boleh berganding dengan jujukan DNA untuk membentuk hibrid RNA-DNA. Contohnya, perencatan salinan DNA genom HIV bagi tujuan rawatan.
inhibitionperencatan; penyekatanPerubatanTiadaPerencatan: Suatu tindakan melambat atau menyekat sesuatu aktiviti.
noncompetitive inhibitionperencatan tak bersaingKimiaBiokimiaPerencatan yang berlaku pada enzim apabila perencat bergabung dengan enzim bebas atau kompleks enzim-substrat dan menyebabkan perencat tidak bersaing dengan substrat.
reciprocal inhibitionperencatan salinganSains SukanBiomekanikPerencatan pada otot antagonis yang menyebabkan pengaktifan gelendong otot.
agglutination inhibition testujian perencatan aglutinasiSains ForensikTiadaUjian serologi untuk mengenal pasti sesuatu antigen pengaglutinan seperti protein berdasarkan perencatan pengaglutinan oleh antibodi yang diketahui.
receptor inhibitionperencatan reseptorPerubatanTiadaProses menghalang tindakan agonis oleh antagonis pada reseptor bagi mengurangkan kesan rangsangan reseptor tersebut. Kesan rencatan reseptor boleh digunakan sebagai rawatan dalam pelbagai penyakit. Contoh, perencatan reseptor histamina 2 (H2) mengurangkan rembesan asid gaster yang digunakan sebagai asas rawatan dalam penyakit ulser peptik.
apical dominancekedominanan apeksBotaniTiadaPerencatan pertumbuhan dan perkembangan tunas aksil yang disebabkan oleh kehadiran tunas apeks. Didapati, auksin yang terhasil di bahagian apeks bertanggungjawab terhadap perencatan tersebut. Bagi mengurangkan kejadian kedominanan apeks tersebut, pertumbuhan tunas apeks perlu dihapuskan.
Mullerian inhibiting factorfaktor perencatan MullerianVeterinarPraklinikalGlikoprotein dimer yang dirembeskan oleh sel Sertoli testis dalam embrio jantan. Glikoprotein ini merencat duktus Mullerian daripada menjadi oviduk; uterus; serviks dan vagina. Haiwan jantan yang mengalami keadaan ketiadaan faktor perencat Mullerian akan menjadi hermafrodit. Faktor perencatan Mullerian dikenali juga sebagai hormon anti-Mullerian; hormon perencat Mullerian dan bahan perencat Mullerian.
12345678910...

Kembali ke atas