الإمساك بالمعروف | pergaulan baik | Agama Islam | Fiqh | Pergaulan yang baik dalam hubungan suami isteri. |
delinquent peer influences | pengaruh delinkuen sebaya | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pengaruh yang disebabkan oleh pergaulan dengan rakan-rakan yang pernah atau sedang terlibat dalam mana-mana kesalahan atau tingkah laku antisosial. Menerusi pergaulan ini, individu tersebut belajar cara-cara, teknik, serta motivasi untuk melakukan kesalahan atau tindakan antisosial tersebut. |
role socialization | sosialisasi peranan | Kejururawatan | Tiada | Pergaulan dalam masyarakat berdasarkan tugas dan tanggungjawab yang disandang. |
criminal peer influence | pengaruh rakan sebaya jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Kuasa pergaulan individu dengan rakan-rakan jenayah yang sama umur atau status yang menyebabkan individu tersebut turut terlibat dalam jenayah. |
informal curriculum | kurikulum tak formal | Pendidikan | Tiada | Bahan atau aspek pembelajaran yang didapati daripada pergaulan atau saling tindak antara pelajar dengan rakan sebayanya secara tidak tersurat. |
pervasive developmental disorder | gangguan perkembangan pervasif | Perubatan | Psikiatri | Gangguan yang bercirikan ketidakcerdasan dalam perkembangan beberapa fungsi asas, termasuk pergaulan sosial dan komunikasi. |
pragmatism | pragmatisme | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang menekankan pentingnya kesan dan nilai-nilai praktis. Puisi ini menggambarkan tentang persahabatan dalam pergaulan yang akan memberi nilai-nilai hidup yang berguna. Contohnya, puisi "Sahabat" karya Rahman Shaari. Kini di sini aku berdiri dengan kaki peribadi sendiri pertcmuan singkat denganmu, sahabat menghadiahkan padaku makna hakikat. |
social problem | masalah sosial | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Unsur negatif atau elemen yang merosakkan dalam kalangan masyarakat sesebuah negara. Masalah sosial ini boleh menyebabkan keruntuhan akhlak, moral dan etika. Antara masalah sosial yang paling ketara ialah penagihan najis dadah, vandalisme, lari dari rumah, pelacuran, pergaulan bebas, ketagihan arak, judi dan sebagainya. Gejala tidak sihat ini sebenarnya telah lama berakar umbi dalam masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, kaum, adat dan sebagainya. |
self presentation | gaya diri | Komunikasi | Korporat | Teknik memperagakan diri di hadapan khalayak. Teknik ini merupakan unsur utama dalam proses komunikasi bukan lisan. Teknik tersebut terbentuk melalui proses pembelajaran sosial serta tingkah laku semula jadi. Peragaan diri individu yang positif akan menghasilkan tanggapan yang meyakinkan oleh khalayak terhadap individu berkenaan. Proses peragaan diri sangat berkait rapat dengan keupayaan individu menyesuaikan tingkah laku dengan persekitaran. Proses peragaan diri boleh dibentuk melalui latihan perapian diri atau pengalaman pergaulan dan pekerjaan. Dalam perhubungan awam atau komunikasi korporat, keupayaan individu menguasai kemahiran peragaan diri membolehkan individu tersebut berfungsi sebagai jurucakap organisasi yang berwibawa, dipercayai, dan disukai oleh pelanggan atau khalayak. |