Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.hu.bu.ngan] | ڤرهوبوڠن

Definisi : 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai per­antaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kemen­teri­an yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-per­kara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalam­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.hu.bu.ngan] | ڤرهوبوڠن

Definisi : 1 hal berhubung; perkait­an; pertalian: Tidak terdapat sebarang ~ antara kedua-dua kejadian itu. 2 alat utk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll): Semua ~ di antara Pantai Timur dgn Pantai Barat telah terputus akibat banjir. 3 cara orang, negara dll berhubung antara satu dgn yg lain: ~ dagang pun bermula antara negeri China dgn Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tegang tidak,
     kendur tidak.

Bermaksud :

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

 

Lihat selanjutnya...(11)

627

Walls have ears

Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari.

Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar

She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears,but the windows have eyes and the doors have tongues too!

Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
climatic indexindeks iklimPertanianTiadaNombor yang menggambarkan perhubungan-perhubungan iklim.
port meteorological liaison officerpegawai perhubungan meteorologi pelabuhanMeteorologiMeteorologi PerhubunganPegawai perhubungan meteorologi yang ditugaskan dipelabuhan utama yang tugasnya menjalin hubungan dengan pemerhati memeriksa peralatan, memberi nasihat, dan menghubungi penguat kuasa kapal untuk mendapatkan kerjasama pemerhati dalam mengendalikan stesen kapal bergerak.
public relations auditaudit perhubungan awamKomunikasiTiadaPenyelidikan dalam perhubungan awam yang menggunakan kaedah tinjauan pendapat bagi mengkaji amalan perhubungan awam sesebuah organisasi. Matlamat penyelidikan ini ialah untuk menentukan sejauh mana sesebuah organisasi itu difahami oleh khalayak, mengesan salah faham khalayak dan menentukan khalayak organisasi.
hysteresishisteresisPertanianTiada2. Perhubungan tak unik antara dua pemboleh ubah di mana lengkung perhubungan bergantung kepada jujukan atau titik permulaan, contohnya, perhubungan antara kandungan air tanah dan keupayaan matrik air tanah.
communicatorkomunikatorSejarahTiadaOrang yang bekerja untuk berhubung dengan menggunakan kaedah atau peralatan perhubungan atau menyediakan kemudahan perhubungan.
public relations agencyagensi perhubungan awamKomunikasiTiadaOrganisasi yang memberi khidmat perunding kepada pelanggannya seperti merancang, mengatur program dan melaksanakan kempen perhubungan awam. Perkhidmatan yang disediakan oleh agensi ini meliputi perkhidmatan mengadakan saluran komunikasi antara pelanggan dengan khalayak sasaran, pengurusan, hal ehwal awam, perhubungan industri dan sebagainya. Pelanggan sesebuah agensi ini terdiri daripada organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan sukarela atau kumpulan-kumpulan individu.
pollingtinjauanKejuruteraanTiada1. Pemisitan berkala bagi setiap pangkalan yang berkongsi talian perhubungan untuk menentukan sama ada ia memerlukan penservisan.,2. Cara mengawal talian perhubungan, untuk memastikan tiada pangkalan dibiarkan menanti untuk tempoh masa yang lama.,3. Ciri perhubungan yang memungkinkan satu atau lebih stesen sistem pemprosesan kata berkomunikasi untuk menyemak dengan sistem-sistem lain sama ada utusan sudah sedia untuk dihantar.
linear relationshipperhubungan linearPendidikanTiadaPerhubungan yang menunjukkan pemboleh ubah yang meningkat atau menurun berkaitan dengan peningkatan atau penurunan pemboleh ubah yang lain.
causal relationshipperhubungan penyebabPendidikanTiadaPerhubungan perubahan dalam satu pemboleh ubah akan mengakibatkan perubahan kepada pemboleh ubah lain.
intercomputer communicationperhubungan antara komputerKejuruteraanTiadaSistem perhubungan yang menggunakan kekunci masukan dengan keluaran paparan boleh lihat.
12345678910...

Kembali ke atas