Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ba.di] | ڤريبادي

Definisi : 1. manusia sbg diri sendiri (diri per­seorangan): perkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong, setiausaha) ~ pengawal (pe­nolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2. sifat­-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk kesopanan dan ~ yg tinggi; berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri): seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~ sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri; keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ba.di] | ڤريبادي

Definisi : 1 manusia sbg dirinya sendiri; orang di luar tugas-tugasnya yg rasmi; orang perseorangan: Itu soal ~ku, engkau jangan campur. 2 sifat atau sikap seseorang yg sudah sebati dgn dirinya; seluruh sifat dan sikap seseorang yg membezakannya drpd orang lain: Puasa bertujuan membentuk ~ yg tinggi. keperibadian perihal sifat, sikap dsb seseorang (sesebuah negara dll) yg membezakannya drpd yg lain: Tiap-tiap negara di Asia Tenggara mempunyai ~nya masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peribadi (kata nama)
Bersinonim dengan perseorangan, persendirian, diri sendiri, kedirian, seseorang, batang tubuh, prebet, oknum;,
Kata Terbitan : keperibadian, berkeperibadian,

Peribahasa

632

Don't wash your dirty linen in public

Jangan dedahkan hal ehwal berbentuk peribadi atau masalah keluarga yang memalukan kepada orang luar.

Menepuk air di dulang

The reality programme managed to get those involved to air their personal grievances against family and friends in front of the audiences. Perhaps somebody should remind them this : don't wash your dirty linen in public

Rancangan reality tersebut Berjaya membuatkan orang yang terlibat menghebahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kawan dan keluarga di hadapan penonton. Barangkali kita perlu mengingatkan mereka peribahasa ini : jangan menepuk air di dulang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
PDA (personal digital assistant)PDA (pembantu digital peribadi)Teknologi MaklumatTiadaKomputer pegangan tangan yang berkebolehan menyimpan dan mencapai semula maklumat peribadi, perniagaan serta perkomputeran peribadi.
personal unionhubungan peribadiSejarahTiadahubungan peribadi: Penyatuan atau perhubungan antara individu yang bersifat peribadi.
flamebaraTeknologi MaklumatTiada1. Mesej e-mel atau pengeposan kumpulan berita yang kesat atau menghina peribadi. 2. Perbuatan menghantar mesej e-mel atau pengeposan kumpulan berita yang kesat atau menghina peribadi. 3. Perbuatan mengkritik peribadi seseorang dengan menggunakan mesej e-mel atau pengeposan kumpulan berita.
personal computer (PC)komputer peribadi (PC)Teknologi MaklumatTiadaKomputer yang direka bentuk untuk kegunaan individu yang individu tersebut mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menggunakan dan mengurus komputer tersebut. Istilah ini diutarakan oleh IBM pada tahun 1981 sempena pelancaran komputer peribadi pada era komputer kerangka dan minikomputer. Kini pelbagai jenama komputer peribadi seni binanya setara dengan komputer peribadi IBM. Contohnya komputer DELL, MIMOS, COMPAQ dan ACER.
personal equationpersamaan peribadiKejuruteraanTiada2. Persamaan peribadi: Pembetulan yang perlu dikenakan kepada bacaan sesuatu alat dengan mengambil kira kecenderungan pencerap untuk membuat bacaan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.
personal equationteliti peribadiSejarahTiada1. Telitian peribadi: Penyelewengan yang malar atau sistematik daripada hasil pemerhatian yang dianggap tepat bergantung kepada sifat-sifat pemerhati tersebut khasnya dalam penulisan sejarah.
personal filefail peribadiPentadbiran PerniagaanTiadaFail yang mengandung maklumat peribadi seseorang.
personal callpanggilan peribadiPentadbiran PerniagaanTiadaPanggilan telefon atas urusan peribadi.
secretary's personal traitsifat peribadi setiausahaPentadbiran PerniagaanTiadaSifat peribadi yang terdapat pada setiausaha.
executive's personal mailmel peribadi eksekutifPentadbiran PerniagaanTiadaSurat peribadi eksekutif.
12345678910...

Kembali ke atas