alliance | perikatan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pakatan atau gabungan antara dua atau lebih negara yang dibentuk untuk melindungi kepentingan bersama, seperti dalam hal pertahanan. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, pembentukan sesebuah perikatan merupakan keputusan politik negara-negara berkenaan. Contohnya, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Pakatan Warsaw. Perjanjian yang membentuk perikatan-perikatan ini memperuntukkan bahawa serangan musuh terhadap salah satu anggota perikatan dianggap sebagai serangan terhadap semua anggota perikatan. Oleh sebab itu, semua anggota perikatan perlu mempertahankan negara yang diserang. |
guild socialism | faham sosialis perikatan/sosialisme perikatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
alliance | perikatan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Permuafakatan dua atau lebih negara yang bersetuju untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang. Terdapat dua jenis perikatan utama, iaitu perikatan defensif bagi mempertahankan diri daripada serangan atau ancaman pihak luar. Kedua, perikatan ofensif yang bertujuan menyerang pihak lain. Contohnya, pada masa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat dan Britain serta Eropah Barat membentuk ikatan kerjasama menentang pihak Fasis. Selain tujuan peperangan, ikatan kerjasama juga dimeterai dalam bidang perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan sukan. Contoh perikatan ialah ASEAN, APEC, NATO dan SEATO. |
cross-border strategic alliance | perikatan strategik rentas sempadan | Pengurusan | Perancangan | Perikatan strategik yang melibatkan pembentukan kerjasama antara organisasi dari negara yang berbeza bagi meningkatkan keupayaan mereka untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa. Perikatan strategik rentas sempadan bertujuan untuk memberikan kelebihan daya saing kepada organisasi dengan risiko yang lebih rendah berbanding tindakan pengambilalihan atau penggabungan. Contohnya, kerjasama antara syarikat penerbangan beberapa negara yang membentuk rangkaian perikatan yang mampu mengukuhkan prestasi pengoperasian pada peringkat antarabangsa. |
guild socialism | sosialisme perikatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat faham sosialis perikatan. |
strategic alliance | perikatan strategik | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan yang diambil oleh organisasi untuk bekerjasama dan menggembleng tenaga dengan organisasi lain untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam persaingan. Contohnya, perikatan strategik antara Universiti Awam dengan syarikat penerbangan yang menjalin kerjasama untuk mencapai kepentingan antara kedua-dua pihak. Pihak syarikat penerbangan dapat menjadikan universiti sebagai pelanggan korporat, manakala pihak universiti pula dapat menjadikan syarikat penerbangan tersebut sebagai tempat latihan industri dan kajian kes untuk rujukan penyelidikan kepada pelajar dan staf universiti. |
alliance | perikatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gabungan kerjasama beberapa individu, organisasi atau negara bagi mencapai faedah dan matlamat yang sama. Kerjasama ini diIihat sebagai satu bentuk kerjasama yang bersifat konkrit, tersusun serta mempunyai struktur tadbir urus yang jelas. Kerjasama ini boleh wujud dalam bentuk gabungan beberapa parti dan beberapa negara. Contohnya, Perikatan Barisan Nasional di Malaysia. |
guild socialism | faham sosialis perikatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang berkembang di Great Britain yang mencadangkan satu sistem perusahaan sendiri melalui syarikat pekerja. Teori ini diperkenalkan oleh Arthur J. Penty yang mementingkan semangat kerjasama di kalangan pekerja. Melalui fahaman ini, pekerja merupakan golongan yang paling layak mengurus dan memiliki perusahaan tersebut melalui syarikat yang dibentuk. Fungsi pemerintah pula hanya memiliki alat pengeluaran atau kilang dan mentadbir pengurusannya tetapi keuntungan dimiliki oleh syarikat pekerja tersebut. Walau bagaimanapun, syarikat pekerja ini perlu membayar cukai kepada kerajaan. Fahaman ini membidas idea Marx dengan menekankan bahawa pekerja perlu berusaha untuk menguasai perusahaan dan bukan tertumpu kepada reformasi politik . Faham sosialis pernah dilaksanakan pada awal abad ke-20 tetapi tidak dapat bertahan lama. Walaupun begitu, fahaman ini kuat mempengaruhi perkembangan kesatuan sekerja di United Kingdom. Sinonim sosialisme perikatan. |
alliance | perikatan | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
alliance | perikatan; alians | Perhutanan | Tiada | Tiada |