Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.iÖ.la.nan]/[pe.rik.la.nan] | ڤراعلانن

Definisi : hal (kegiatan dsb) yg berkaitan dgn iklan: pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia; kakitangan yg bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periklanan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disguised advertisingperiklanan selindungKomunikasiTiadaPeriklanan yang mengandungi tujuan propaganda terhadap barangan atau untuk mempopularkan seseorang. Jenis periklanan seperti ini diselenggarakan secara rasmi dengan membayar kepada media massa dan terdapat juga yang diselenggarakan dengan cara memberi imbalan kepada wartawan.
advocacy advertisingperiklanan tunjanganKomunikasiTiadaPeriklanan yang memperjuangkan isu-isu kepentingan awam. Biasanya, iklan ini ditaja oleh kumpulan yang mempunyai kepentingan awam untuk menyatakan sesuatu idea atau tindakan seperti mengiklankan perutusan yang mengajak pengguna terlibat dalam kempen inflasi sifar.
direct advertisingperiklanan langsungKomunikasiTiadaPeriklanan yang dilakukan secara langsung melalui media milik sendiri atau yang dibuat sendiri seperti menggunakan sampul kecil, risalah dan lain-lain.
advertising productbarangan periklananKesenianTiadaBarangan yang direka khusus untuk tujuan periklanan.
Advertising Standard Authority of Malaysia (A.S.A.M)Lembaga Piawaian Periklanan MalaysiaKomunikasiTiadaPertubuhan yang berperanan untuk memastikan kegiatan periklanan di Malaysia tidak melanggar tatasusila dan undang-undang negara. Walau bagaimanapun, pertubuhan ini tidak ada kuasa untuk memastikan supaya piawaian periklanannya mesti diikuti.
advertisingperiklananKomunikasiTiadaBidang yang melibatkan kegiatan pemujukan dan pemberitahuan mengenai perkhidmatan atau barangan yang bermula dengan perekaan, penulisan hingga kepada penyebaran maklumat secara kreatif dan menarik kepada khalayak menerusi media massa.
classified advertisingperiklanan kecilPentadbiranTiadaTiada
bid advertisingperiklanan tawaranKejuruteraanTiadaTiada
advertising compositiongubaan periklananKomunikasiTiadaTiada
advertising compositiongubaan periklananKomunikasiTiadaTiada
12

Kembali ke atas