Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berbagai-bagai bekas utk memasak (periuk, belanga, kuali, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbagai-bagai jenis bekas utk memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periuk belanga

Puisi
 

Jerang periuk jerang belanga,
     Sama berjerang keduanya;
Sudah terjenguk jandaku lama,
     Sama tercengang keduanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Periuk mengumpat belanga.

Bermaksud :

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Kuali mengatakan belanga hitam).

 

Lihat selanjutnya...(7)

478

When the wolf comes in at the door, love creeps out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scoureralat gosok (periuk belanga)Pentadbiran PerniagaanTiada1. Kepingan nilon keras atau dawai digunakan untuk menyental periuk belanga.,2. Bahan serbuk yang digunakan untuk menyental periuk belanga, seperti serbuk sabun.
saucepan brushberus periuk-belangaPentadbiran PerniagaanTiadaBerus yang digunakan untuk menyental kekotoran pada periuk-belanga.
saucepan cupboardalmari periuk-belangaPentadbiran PerniagaanTiadaPerabut yang bertingkat-tingkat dan berpintu untuk menyimpan periuk-belanga.
lekarlekarKesenianTiadaBakul alas yang dianyam daripada rotan, lidi atau bemban dan lain-lain yang digunakan sebagai alas periuk belanga atau pasu.
scullerytempat kincah; tempat kumbahPentadbiran PerniagaanTiadaTempat yang merupakan sambungan pada bilik dapur untuk mencuci pinggan-mangkuk dan periuk-belanga.
cookerpemasak; dapur; alat masakPentadbiran PerniagaanTiada1. Pemasak: Orang yang memasak atau terlibat dalam proses memasak makanan.,2. Alat untuk memasak.,Alat masak: Peranti, periuk belanga dan peralatan lain untuk memasak.
earthenwarebarang tembikarKesenianHiasan DalamanBarang-barang yang diperbuat daripada tanah liat, seperti periuk atau belanga yang dikeraskan menggunakan api.
marmitebelangaPentadbiran PerniagaanTiadaPeriuk daripada tanah liat untuk memasak kaldu.
claypotbelangaPentadbiran PerniagaanTiadaPeriuk daripada tanah liat untuk memasak kaldu.

Kembali ke atas