speed | kepantasan; kelajuan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kepantasan menaip yang dikira jumlah perkataannya seminit.,2. Kelajuan membaca atau mengambil trengkas yang dikira jumlah perkataannya seminit. |
pattern poetry | puisi pola | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang tersusun perkataannya dan barisnya. Susunan baris dan perkataan adalah untuk meniru bentuk sesuatu objek atau hala pergerakan mengikut idea yang dibicarakan. Contohnya puisi berjudul �Jernih Rona Baru� oleh A. Ghafar Ibrahim: �menari, nari, nari Menyanyi, nyanyi, nyanyi, Irama kejernihan jernih rona baru. Dalam sastera Parsi, puisi pola ditemui dalam sajak tulisan Kayumarth Munshizada dalam Divan. Contohnya, Az panjara ba bagh pur ta ba khwahad kard. |
hyperbole | hiperbola | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa puisi yang pemilihan perkataannya membawakan pernyataan yang berlebih-lebihan. Penggunaan gaya ini bertujuan untuk menekankan sesuatu pandangan, perasaan dan pemikiran. Contohnya, petikan dari puisi "Erang (2)" dalam antologi Bunga Gerimis karya Azmi Yusoff. mengais impian hanyir segenap ceruk kota menyudu igauan hancing di setiap pelosok bandar raya |
long-short story | cerpen panjang | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang jumlah perkataannya lebih banyak daripada cerpen dan kurang daripada novelet. |
short short story | cerpen pendek | Kesusasteraan | Tiada | Cerita ringkas yang jumlah perkataannya kurang daripada cerpen biasa. Cerpen pendek juga dikenali sebagai cerpen mini. |
slang | slanga | Sosiolinguistik | Tiada | Variasi bahasa yang terhasil daripada adaptasi dan pengembangan makna yang sedia ada dan membentuk perkataan baru dengan tidak mengambil kira prinsip Iinguistik bagi pembentukan perkataannya; selalunya berbunyi pelik kepada sesetengah kelas dan kumpulan sosial atau usia. |
invented words | kata cipta | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang dicipta oleh pengarang, yang bercanggah dengan konvensi bahasa. Ciptaan perkataan sedemikian menjadikan dunia rekaan pengarang lebih meyakinkan selagi butir-butir perkataannya munasabah. Dalam novel bertajuk A Clockwork Orange, Anthony Burgess mencipta sejenis perkataan (bahasa ungkapan) untuk watak remaja yang kejam. Dalam novel ini, bahasa ciptaan Anthony disebut �Nadsort� dan perbendaharaan katanya hanya mengandungi 250 perkataan. |
flash fiction | fiksyen kilasan | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen pendek seperti cerpen,yang panjangnya antara 250 hingga 750 perkataan. Fiksyen ini boleh berdiri sebagai sebuah cerita yang utuh berbanding dengan secebis coretan atau garis kasar bagi sebuah kisah yang lebih panjang. Oleh sebab jumlah perkataannya terhad, plot cerekanya tidak kompleks, watak dan aksinya tidak dikembangkan, sementara nadanya agak ringan. Had jumlah perkataan dalam fiksyen ini disarankan oleh James Thomas dalam antologinya berjudul Flash Fiction. |
scribal error | kesilapan penyurat | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan yang berlaku semasa atau dalam proses penyalinan manuskrip. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Penyalin berasa dia lebih tahu daripada pengarang. (ii) Kesalahan sebutan bunyi yang boleh menyebabkan kesalahan ejaan dan kesalahan makna. (iii) Lipografi (omission), iaitu tertinggal huruf dalam sesuatu perkataan atau tertinggal sesuatu perkataan dalam ayat sehingga membawa makna yang berbeza. (iv) Ungkapan yang sukar kerana kekunoannya atau kerana sudah tidak lazim digunakan. (v) Haplografi, iaitu menulis satu kali perkataan yang sepatutnya ditulis dua kali. (vi) Tidak mahir dalam sesuatu bahasa asing sehingga tersalah salin atau terubah perkataannya. (vii) Terkeliru dengan gurisan, calaran atau bintik habuk di atas helaian manuskrip sehingga menganggap gurisan atau calaran itu sebahagian daripada huruf. (viii) Perkataan yang hampir sama bentuknya sehingga boleh mengelirukan. (ix) Hilang tumpuan kerana keletihan akibat terlalu lama menyalin tanpa rehat. Kesil |