Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkhidmatannya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
past service benefitfaedah perkhidmatan lampauPentadbiran PerniagaanTiadaPemberian kredit dalam polisi insurans persaraan atau pencen kepada pekerja untuk jangka masa perkhidmatannya sebelum tarikh kuat kuasa pelan persaraan. Contoh: pihak yang diinsuranskan akan memulakan pelan pencen pada 1 Januari 1993. Pekerja yang layak akan diberi kredit mengikut tempoh perkhidmatannya sebelum tarikh tersebut.
application level gatewayget laluan paras aplikasiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSistem proksi yang perkhidmatannya disediakan oleh proses yang mengekalkan keadaan hubungan protokol kawalan transaksi (TCP) sepenuhnya. Proksi paras aplikasi biasanya menghalakan trafik supaya kelihatan keluar daripada proksi tersebut dan bukannya daripada hos dalaman.
public networkrangkaian awamTeknologi MaklumatTiadaInfrastruktur fizikal jaringan komputer menerusi kabel dan tanpa wayar yang perkhidmatannya boleh digunakan oleh orang awam dengan pembayaran yuran. Jaringan ini dikendalikan oleh pembawa sepunya seperti Telekom dan Maxis. Ia menyediakan akses litar bersuis, paket bersuis dan litar suwa kepada orang ramai.
public networkrangkaian awamTeknologi MaklumatTiadaInfrastruktur fizikal jaringan komputer menerusi kabel dan tanpa wayar yang perkhidmatannya boleh digunakan oleh orang awam dengan pembayaran yuran. Jaringan ini dikendalikan oleh pembawa sepunya seperti Telekom dan Maxis. Ia menyediakan akses litar bersuis, paket bersuis dan litar suwa kepada orang ramai.
go-to-marketpasaran bersasarPerniagaanTiadaPelan tindakan sesuatu syarikat untuk mempromosikan dan melancarkan produk atau perkhidmatannya dalam pasaran dengan cara yang dapat menarik minat pelanggan sasaran.
LATA (local access and transport area)LATA (kawasan capaian dan penghantaran setempat)Teknologi MaklumatTiadaKawasan pendailan telefon yang perkhidmatannya dibekalkan oleh syarikat telefon tempatan tunggal.
advertising gimmickgimik iklanKomunikasiTiadaKaedah tertentu yang dilakukan oleh pengiklan supaya dapat menarik perhatian pengguna bagi melariskan barangan atau perkhidmatannya.
emolumentemolumenEkonomiTiadaFaedah dalam bentuk wang seperti gaji, atau faedah sampingan seperti kemudahan perubatan yang diberikan kepada buruh untuk perkhidmatannya.
basic activitiesaktiviti asasSosiologiTiadaKegiatan mengeksport barangan dan perkhidmatan ke tempat-tempat di luar sempadan ekonomi sesuatu masyarakat atau memasarkan barangan dan perkhidmatannya kepada orang yang datang dari luar sempadan ekonomi masyarakat tersebut.
poison centerpusat racunPerubatanTiadaInstitusi yang berfungsi untuk mengintegrasikan perkhidmatan berkaitan dengan keracunan agar dapat mengurangkan risiko kejadian keracunan dan meningkatkan keberkesanan rawatannya. Perkhidmatannya merangkumi pembekalan maklumat berkenaan ubat dan racun, aktiviti kajian dan dokumentasi, perkhidmatan pendidikan dan pencegahan keracunan, serta makmal toksikologi. Di Malaysia, institusi ini dikenali dengan nama Pusat Racun Negara yang terletak di bawah kelolaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
12

Kembali ke atas