Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.da.ngan] | ڤرلادڠن

Definisi : 1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah bercucuk tanam di ladang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.da.ngan] | ڤرلادڠن

Definisi : 1 kawasan (tempat) orang berladang: ~ masyarakat desa. 2 hal ttg ladang: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ladang (kata nama)
Bersinonim dengan kebun, sawah, bendang, huma, tegal, estet;,
Kata Terbitan : berladang, perladangan, peladang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poultry farmingperladangan poltriVeterinarTiadaPenternakan ayam secara besar-besaran yang biasanya dikhususkan di dalam kurungan atau rumah yang sesuai dengan keadaan persekitaran. Pada masa kini, industri ini lebih mengkhusus kepada perladangan pedaging, perladangan penelur atau perladangan biak baka. Biasanya perladangan jenis ini diuruskan secara berasingan dan tidak bercampur antara satu sama lain di sesuatu tempat. Hal ini dilakukan kerana perladangan poltri memerlukan cara pengurusan yang berbeza dan agak rumit di samping bertujuan untuk mengawal jangkitan penyakit dan juga memastikan keselamatan ternakan. Kini, terdapat undang-undang yang menetapkan rumah ayam dalam sistem perladangan jenis ini perlu dibuat secara tertutup bagi mengawal dan memelihara alam sekitar.
organic farmingperladangan organikMakanan dan PemakananMakananSistem perladangan alternatif yang mesra alam. Perladangan organik melibatkan kaedah penanaman dan penternakan yang tidak menggunakan racun perosak, baja sintetik, organisma diubah suai secara genetik, antibiotik dan hormone pertumbuhan. Perladangan organik menggunakan baja organik seperti baja kompos, najis dan tulang. Perladangan jenis ini menekankan penggunaan teknik seperti pergiliran tanaman dan penanaman regu serta penggunaan kawalan perosak secara biologi.
extensive farmingperladangan meluasPertanianAgroteknologiSistem perladangan yang menggunakan input seperti buruh, baja, air, dan modal yang rendah berbanding dengan keluasan tanah yang diusahakan. Kebanyakan perladangan meluas diamalkan di negara yang mempunyai tanah yang luas berbanding dengan bilangan penduduk seperti di Australia, Mongolia dan Amerika. Disebabkan kekurangan sumber air, jenis pertanian yang diusahakan ialah penternakan lembu atau kambing yang menggunakan rumput yang tumbuh secara semulajadi. Bilangan ternakan berbanding dengan luas tanah adalah amat rendah. Contohnya, seekor biri-biri bagi satu kilometer persegi. Kadangkala, penternak berpindah-pindah membawa ternakan ke tempat yang banyak rumput mengikut musim.
plantation horticulturehortikultur perladanganPertanianAgronomi

Perladangan yang melibatkan tanaman hortikultur, seperti buah-buahan. Contohnya, belimbing, jambu batu, nanas, pisang dan buah naga. Lihat juga perladangan.

roof top farmingperladangan atas bumbungPertanianAgroteknologiAktiviti perladangan atau bercucuk tanam yang dilakukan di atas bumbung bangunan bagi tujuan menghasilkan bahan makanan. Aktiviti ini banyak diamalkan di kawasan perbandaran yang kekurangan kawasan tanah untuk bercucuk tanam. Selain daripada hasil makanan, perladangan atas bumbung juga dapat mengurangkan suhu bangunan itu. Sistem tanaman yang diamalkan biasanya ialah daripada jenis hidroponik dan fertigasi, yang tidak memerlukan tanah.
vertical integrated farmingperladangan integrasi menegakVeterinarTiadaSistem perladangan yang melibatkan beberapa operasi yang melibatkan pengeluaran baka, pengeluaran anak untuk pedaging atau penelur, pemeliharaan pedaging dan penelur, penghasilan telur atau daging serta pengeluaran produk hiliran seperti burger atau sosej. Di samping itu, sistem perladangan ini juga menjalankan operasi penghasilan makanan ternakan. Di Malaysia, terdapat ladang yang menjalankan kesemua operasi tersebut dan terdapat juga ladang yang menjalankan hanya sebahagian sahaja operasi dalam sistem ini.
pastoral farmingperladangan pastoralVeterinarTiadaLadang ternakan secara tradisi yang berasal dari Eropah yang berasaskan pastura. Sistem perladangan ini menunjukkan keadaan dan kaedah penternakan tradisi seperti dalam kampung yang tidak menggunakan banyak jentera. Sistem ini juga mempunyai kaitan dengan sistem perladangan integrasi kerana penternakan haiwan dengan tanaman wujud di dalam satu ladang. Sistem sebegini masih diamalkan dengan meluas di Eropah Timur dan di Afrika.
dairy farmingperladangan tenusuGeografiTiadaSistem perladangan yang menumpukan kegiatan kepada ternakan lembu untuk susu bagi tujuan penggunaan atau pemprosesan keju dan mentega.
irrigated farmingperladangan berpengairanGeografiTiadaSistem perladangan yang menggunakan penyembur air, terusan atau palung untuk membekalkan air.
intensive farmingperladangan giatGeografiTiadaSistem perladangan yang melibatkan penggunaan modal dan buruh yang besar bagi sebuah kawasan kecil untuk mendapatkan keluaran per unit keluasan, yang tinggi.
12345678910

Kembali ke atas