corporate entry | entri korporat | Perpustakaan | Tiada | Entri katalog sama ada entri utama atau entri tambahan yang memuatkan karya-karya yang diterbitkan oleh kerajaan, jabatan kerajaan, badan-badan lain, persatuan, institusi atau lain-lain yang entri tersebut disediakan di bawah nama penerbitnya. |
authority entry | entri perbadanan | Perpustakaan | Tiada | Entri bagi sesuatu persatuan atau institusi, dengan memberi butiran seperti tarikh penubuhan, tarikh menjadi perbadanan, pertukaran nama, dan penggabungan atau kesatuan dengan persatuan-persatuan yang lain. |
Islamic Shipowners� Association (ISA) | Persatuan Pemilik-Pemilik Kapal Islam (ISA) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Institusi sekutu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan untuk menyelaraskan dan menyatukan usaha anggota dalam membentuk kerjasama antara syarikat perkapalan bagi memaksimumkan keuntungan dan menggalakkan anggota untuk menubuhkan syarikat perkapalan secara usaha sama. Matlamatnya yang lain adalah untuk membina hubungan antara dunia Islam serta meningkatkan pelayaran penumpang dan barangan antara negara Islam dengan negara lain, membantu dalam membuat dasar yang seragam untuk pengangkutan laut dalam dan mengadakan penyelidikan dalam bidang pengangkutan laut. |
International Association of Islamic Banks | Persatuan Bank-Bank Islam Antarabangsa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Institusi sekutu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan untuk mempromosikan perbankan Islam dan menggalakkan penyelarasan dan kerjasama antara bank Islam. |