Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ta.ling] | ڤتاليڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg boleh dibuat tiang dan buahnya boleh dimakan), mentalin, Ochanostachys amentacea; ~ air sj tumbuhan (pokok), Homalium caryphyllaceum; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Homalium longifolium; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Homalium friffithianum; ~ tanduk sj tumbuhan (pokok), Aporosa prainiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petaling


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
petalingpetalingPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Ochanostachys amentacea. daripada famili Olacaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah degung, di Sabah ialah tanggal dan tangkal, dan di Sarawak ialah petikal dan sentikal. Gubal kayu petaling berwarna coklat kuning atau coklat atau coklat merah muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat merah atau coklat merah tua. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 1105 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu petaling agak mudah dikerjakan, sederhana tahan tetapi lambat mengering. Kayu petaling sesuai untuk cerucuk, kerja binaan sederhana, perabot dan kotak.
kamapkamapPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Strombosia spp. daripada famili Olacaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah petaling gajah, dan spesies utamanya termasuk Strombosia lucida dan S. maingayi. Gubal kayu kamap berwarna coklat kekuningan dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat ungu atau coklat tua. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 815 hingga 1055 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu kamap kuat dan mempunyai sifat ketahanan semula jadi yang baik. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sementara, lantai, tiang, dan alas angkut.
industrial estateestet industriEkonomiTiadaKawasan yang dirancang dan dimajukan untuk kegiatan perkilangan. Dalam kawasan tersebut semua kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, dana jalan raya disediakan oleh kerajaan. Misalnya, estet industri Senawang di Negeri Sembilan, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor, dan Mak Mandin di Seberang Prai. Sinonim kawasan industri.
Municipal CouncilMajlis PerbandaranPentadbiranTiadaBadan pentadbiran kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang menjadi pusat pentadbiran bagi sesebuah daerah. Kuasa pentadbirannya terletak di bawah peruntukan kerajaan negeri. Kriteria asas yang perlu bagi penubuhan badan ini ialah hasil pendapatan tahunannya melebihi RM5 juta dan jumlah penduduk melebihi 100,000 orang. Majlis ini bertanggungjawab di dalam merancang dan membangunkan hal ehwal tempatan di bawah bidang kuasanya. Majlis ini diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh tidak kurang daripada lapan orang serta tidak melebihi 24 orang ahli. Contoh majlis perbandaran ialah Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Kembali ke atas