pitch | pic | Mekanik | Gunaan | 1. Jarak di antara satu titik pada ulir skru dengan titik yang berpadanan pada ulir yang bersebelahan, diukur selari dengan paksi skru itu. bagi skru berulir tunggal, nilai pic sama dengan nilai majuan skru itu. pic memberikan panjang tegak bagi sesuatu ulir dan merupakan nilai balikan bagi bilangan ulir untuk seunit panjang skru itu. simbol yang sering digunakan untuk pic skru ialah p. Unit ukurannya ialah milimeter, mm. Sinonim jarak ulir. Lihat juga majuan. 2. Jarak di antara suatu titik pada gigi sesebuah gear dengan titik yang berpadanan pada gigi yang bersebelahan, diukur di sepanjang lengkok bulatan pic gear itu. simbol yang kerap digunakan untuk pic ialah p. Nilai p diberikan oleh sebutan p = pd/T, dengan d sebagai garis pusat bulatan pic dan T ialah bilangan gigi pada roda gear itu. Dua roda gear akan saling bersirat dengan wajar hanya jika kedua-duanya mempunyai pic yang sama nilainya. Pic kadangkala disebut pic bulat. Sinonim jarak gigi. Lihat juga bulatan pic. 3. Bilangan gigi pada sebuah gear ata |
variable-pitch propeller | kipas pic boleh ubah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Kipas dilengkapi peranti yang membolehkan sudut bilah dilaras pada sebarang sudut antara had pic rendah dengan had pic tinggi. Kipas ini menghasilkan pelbagai magnitud tujahan dan boleh mengubah arah tujahan dengan menggunakan pic terbalik. Kipas ini digunakan untuk memacu kenderaan seperti kapal laut dan kapal terbang. |
prime form | bentuk primer | Muzik | Tiada | Set klasifikasi pic yang diatur mengikut jarak susunan yang terbaik, iaitu (i) jarak jeda di antara pic rendah ke pic tinggi yang paling sempit (ii) pic dalam rangkaian dan pic rendah ke pic tinggi diatur mengikut susunan jarak jeda yang tersempit pada bahagian bawahnya. |
dedendum | dedendum | Mekanik | Gunaan | 1. Kedalaman jejari bagi jari gear, diukur dari bulatan pic. Lihat juga bulatan pic. 2. Bahagian gear yang berada di sebelah dalam bulatan pic gear itu [Rajah D3]. RAJAH D3 (rujuk ms. 26) |
yodel | yodel | Muzik | Tiada | Gaya vokal rakyat di Switzerland dan di Austria yang melibatkan perubahan pic rendah ke pic tinggi secara laju dan lancar. Pic rendah biasanya dinyanyikan dengan suara penuh atau suara dari dada manakala pic tinggi dinyanyikan dengan suara falsetto. |
amsa | amsa | Muzik | Tiada | Dua pic penting yang terdapat dalam sesuatu raga atau mod melodi Hindustani. Vadi merupakan pic paling penting dan samvadi ialah pic kedua penting. Kedua-dua pic ini sering digunakan dan jelas kedengaran berbanding dengan pic lain. |
pitch line | garis pic | Mekanik | Gunaan | ‘Lilitan’ tak terhingga bagi ‘bulatan pic’ berjejari tak terhingga yang berpadanan dengan sesuatu gear rak. Garis ini tangen terhadap bulatan pic gear (pinion) yang bersilang tindak dengan rak itu. Lihat juga bulatan pic. |
addendum | adendum | Mekanik | Gunaan | 1. Tinggi jejarian bagi gigi gear, diukur di sebelah luar bulatan pic. Lihat juga bulatan pic. 2. Bahagian gear yang berada di sebalah luar bulatan pic |
raga | raga | Muzik | Tiada | Mod melodi muzik klasik India. Konsep raga merangkumi motif melodi, pic tertentu, omamentasi pic, bilangan not dan jeda. Jeda di antara satu not dengan not yang lain kadangkala berbeza bagi skel menaik dan skel menurun. Raga terdiri daripada motif melodi yang dikenali sebagai pakad dan omamentasi pada pic tertentu. Setiap raga berkaitan dengan masa, musim, jantina, emosi atau perasaan. Pusat pic dalam sesuatu raga dikenali sebagai vadi, sementara not kedua penting dikenali sebagai samvadi. Silibal solfege untuk setiap pic disebut sa re ga ma pa dha ni. Sinonim rag. |
alt | alt | Kesenian | Tiada | 1. Kependekan untuk alto. 2. Pic tinggi. 3. Pic not di antara G kedua dan F ketiga di atas C tengah. |