infantile swallow | penelanan infantil | Pergigian | Tiada | Proses penelanan susu oleh bayi semasa menyusu. Dalam proses ini mulut bayi akan memengap di sekeliling puting ibu dan diikuti dengan pergerakan lidah ke hadapan dan belakang sambil menolak puting ke lelangit dan otot mukosa pipinya. Proses penekanan dan penyedutan ini akan mengeluarkan susu daripada puting ibunya. Penelanan secara ini akan berhenti apabila bayi diberi makan makanan pepejal. |