Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plang.ton] | ڤلڠکتون

Definisi : sj benda halus (organik) yg terapung­apung di air (menjadi makanan ikan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plang.ton] | ڤلڠکتون

Definisi : organisma (tumbuh-tumbuhan, haiwan) halus yg terapung di air dan penting utk makanan ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plankton


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plankton netjaring planktonPerikananAkuakulturAlat yang digunakan untuk memungut plankton. Penggunaan jaring plankton dapat membantu menapis sampel plankton yang sedikit di dalam isi padu air yang banyak. Jaring plankton mempunyai saiz tertentu seperti 100, 150 dan 200 mikron bergantung pada jenis plankton yang hendak diambil. Jaring ini kebiasaannya direka bentuk seperti kon dengan panjang antara 50 – 60 cm, berdiameter 30 – 50 cm dan diikat pada tali sepanjang 2 m. Saiz jaring plankton dan saiz mata pukat boleh berbeza bergantung kepada keperluannya. Semakin besar luas permukaan jaring, semakin efektif jaring tersebut menapis plankton. Saiz mata skrin yang terlalu halus akan menyebabkan jaring mudah tersumbat dan mengurangkan keberkesanannya untuk memerangkap plankton. Penggunaan jaring plankton dengan saiz yang berbeza adalah lebih berkesan dalam pengasingan saiz plankton untuk kegunaan pusat penetasan.
planktonplanktonSains MarinTiadaOrganisma kecil dan mikroskopik yang hidup di dalam badan air seperti laut, tasik, sungai dan kolam yang mempunyai keupayaan renang terhad dan terapung-apung atau hanyut mengikut peredaran arus. Plankton dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu fitoplankton dan zooplankton. Organisma plankton yang utama adalah seperti diatom dan pelbagai alga mikroskopik lain, protozoa, krustasia kecil, peringkat larva dan telur berbagai-bagai jenis organisma.
planktonplanktonPerikananAkuakulturOrganisma yang bergerak secara perlahan dan mengikut arus air di dalam badan air. Contoh plankton ialah fitoplankton dan zooplankton.
planktonplanktonBiologiEkologiOrganisma mikroskopik yang terdapat di dalam laut, tasik, dan kolam, yang terapung-apung atau bergerak perlahan dan dihanyutkan oleh arus air. Plankton yang terdiri daripada beberapa jenis, iaitu fitoplankton, zooplankton, holoplankton, dan aeroplankton, menjadi makanan ikan.
planktonplanktonPerikananTiadaOrganisma yang terdiri daripada kumpulan fitoplankton dan zooplankton seni yang timbul dan hanyut bersama-sama arus air secara pasif. Organisma ini boleh didapati di dalam air laut dan air tawar. Plankton merupakan sumber makanan yang penting kepada hidupan akuatik. Lihat juga fitoplankton, zooplankton.
planktonplanktonGeografiTiadadan air tawar yang halus terapung-apung di air, termasuk haiwan yang mempunyai tenaga gerak yang lemah.
planktonplanktonGeologiTiadadan air tawar yang halus terapung-apung di air, termasuk haiwan yang mempunyai tenaga gerak yang lemah.
planktonplanktonPerubatanTiadaTiada
planktonplanktonPerubatanTiadaTiada
planktonplanktonGeografiTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas