Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[poin] | ڤوءين

Definisi : 1. titik, noktah: dgn pensel dan kayu pembaris sambungkan ~ yg ditandai itu; 2. saiz atau ukuran (huruf dsb) kira-kira 0.35 mm: muka taip tajuk hendaklah antara 12 ~ hingga 60 ~; 3. bp sesuatu yg penting dlm sesuatu perbincangan atau perkara: ~ utama dlm perbincangan ini ialah kerja dan fungsi pekerja adalah saling bergantungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[poin] | ڤوءين

Definisi : 1 tanda titik atau noktah yg dibuat dgn pensel (dgn benda-benda tajam dll): Hubungkan dua ~ tadi dgn pensel. 2 markah atau mata yg diperoleh dlm sesuatu peraduan dll: Muhammad Ali telah memenangi perlawanan itu dgn kiraan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata poin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
learning tactictaktik pembelajaranPendidikanTiadaTeknik spesifik untuk pembelajaran seperti menggunakan mnemonik, atau poin-poin utama.
pedal pointpoin pedalMuzikTiada

 Satu ton atau pic pada bahagian bes yang dilanjutkan serentak dengan pergerakan satu siri kord atau harmoni yang berubah-ubah. Poin pedal biasanya pic tonik atau dominan dalam sebuah karya muzik. Kord yang dimainkan ialah kord disonan dan kord konsonan pada poin pedal itu. Pertindihan poin pedal dengan kord disonan menghasilkan percanggahan harmoni. Contohnya, poin pedal dalam karya Juga.

collating marktanda susunanPerpustakaanTiadaTanda Kuad yang berukuran lebih kurang 12 poin dalam dan 5 poin lebar yang dicetak pada permukaan jilidan dan akan timbul mengikut tertib menurun pada bahagian belakang setiap seksyen setelah lipatan dan kedutan dibuat.
silver pointpoin argentumPerubatanTiada1. Poin argenrum: Argentum berbentuk kon, halus, panjang, perbagai saiz dan digunakan sebagai pengisi kanal akar.
absorbent paper pointpoin kertas penyerapPerubatanPergigianPoin kertas yang boleh menyerap, untuk mengeringkan kanal akar.
point and figure chartcarta poin dan figurPentadbiran PerniagaanTiadaCarta graf dalam analisis teknikal yang menunjukkan pergerakan menaik atau menurun dalam harga sekuriti dengan melabelkan tanda X dan O. Tanda X ditempatkan di kotak atas yang berikutnya setiap kali harga menaik dan tanda O diletakkan pada kotak bawah setiap kali harga turun sehingga membentuk satu pola yang menyerupai poin dan figur.
fluid flow stagnation pointitik genangan aliran bendairFizikMekanikTitik di dalam medan aliran suatu bendalir yang zarah-zarah bendalir tersebut berada dalam keadaan diam.
gutta-percha pointpoin getah percaPerubatanTiadaSilinder halus yang meruncing daripada getah perca. Bersifat radio-legap dan digunakan untuk mengisi kanal akar dan menilai kedalaman poket periodontium melalui radiograf.
Didot point systemsistem poin DidotKomunikasiTiadaTiada
gross rating point (GRP)poin kadar kasarKomunikasiTiadaUnit pengukuran periklanan dan penyiaran yang mewakili satu peratus daripada jumlah khalayak sasaran.
123

Kembali ke atas