Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (poliétiléna) ®politena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polietilena


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polyethylenepolietilenaKimiaTiadaPolimer termoplastik buatan yang diperoleh daripada pempolimeran etilena pada tekanan tinddi dalam fasa gas. Terdapat dua jenis polietilena, iaitu polietilena berketumpatan rendah dan polietilena berketumpatan tinggi. Polietilena berketumpatan rendah merupakan bahan yang lembut dan dihasilkan pada tekanan yang tinggi (1500 atm) pada suhu 375°C. Polietilena berketumpatan tinggi yang lebih keras pula dihasilkan pada tekanan yang lebih rendah (1 – 100 atm) pada suhu bilik dengan menggunakan mangkin pepejal. Polietilena berketumpatan rendah digunakan untuk membuat bahan pembungkus, penyalut dawai, dan kabel serta barang mainan. Polietilena berketumpatan tinggi pula digunakan untuk membuat tiub dan kepingan terlenturkan, gentian dan tangki minyak. Sin. politena, polietena.
polyethylene fibregentian polietilena/serat polietilenaKesenianTiadaTiada
polyethylenepolietilenaKesenianHiasan DalamanPlastik tahan kesan kotor dan kalis bahan kimia. Polietilena biasanya digunakan untuk membuat mainan, bekas pembuat ais kiub dan pinggan mangkuk. Polietilena juga mudah lentur dan tahan panas sehingga 37.8 darjah Celsius.
water soluble resinresin larut airKejuruteraanPolimerResin yang dihasilkan melalui pempolimeran yang melibatkan pemutusan struktur gelang atau ikatan dubel monomer. Misalnya, polivinil alkohol, polietilena oksida dan polietilena imida.
high density polyethylenepolietilena ketumpatan tinggiKimiaTiadaPolietilena linear atau hampir tidak bercabang, dengan kekuatan yang tinggi.
low density polyethylenepolietilena ketumpatan rendahKejuruteraanPolimerSing. LDPE. Polietilena bercabang berketumpatan di antara 0.91 hingga 0.93 g/cm3 yang lazimnya mempunyai darjah penghabluran di antara 50 hingga 70%.
high density polyethylenepolietilena ketumpatan tinggiKejuruteraanPolimerSing. HDPE. Polietilena linear berketumpatan di antara 0.94 hingga 0.96 g/cm3 yang lazimnya mempunyai darjah penghabluran di antara 80 hingga 90%.
high-density polyethylene (HDPE)polietilena ketumpatan tinggi (HDPE)Makanan dan PemakananMakananTermoplastik polietilena yang diperbuat daripada petroleum. HDPE ialah resin yang digunakan secara meluas dalam penghasilan botol plastik dan biasanya boleh dikitarkan semula. Bahan ini murah, tahan lasak, pelindung lembapan yang baik dan tahan pada suhu takat beku, tetapi tidak boleh digunakan pada suhu yang melebihi 71°C. HDPE diperakui selamat digunakan dan diiktiraf oleh FDA untuk pembungkusan makanan.
polyethylenepolietilenaKimiaTiadaTiada
polyethylenepolietilenaPerubatanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas