Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.li.ti.king] | ڤوليتيکيڠ

Definisi : bp kegiatan yg dilakukan utk ke­pentingan politik, mis berkempen utk meman­cing undi, menonjolkan diri seseorang utk mencapai sesuatu tujuan dll: ~ berlaku apa-bila seseorang yg belum layak dinaikkan pangkat mencuba menggunakan pihak-pihak luaran dan dalaman sesebuah organisasi; kurangkan ~ dan hindarkan kecam-mengecam ke arah pembangunan rohani rakyat seluruhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata politiking


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political managementpengurusan politikPentadbiranPentadbiran Awam

Pentadbiran yang dilakukan terhadap pejabat dalam usaha menangani pelbagai krisis politik, tindakan politiking, fitnah dan tikam belakang yang berlaku dalam politik pejabat. Pengurusan ini cuba mengelak atau mengendurkan ketegangan yang wujud dalam organisasi. Pengurusan politik boleh juga dilihat dari sudut yang lain seperti pelantikan ke jawatan yang lebih tinggi, pembahagian kerja, penyusunan hierarki, kenaikan pangkat, pemberhentian atau persaraan.


Kembali ke atas