stoloniferous herb | herba berstolon | Herba | Pemiawaian | Herba yang mempunyai batang sisi yang memanjang dan menghasilkan anak baharu serta menjalar. Contohnya, kesum (Polygonum minus), pegaga (Centella asiatica) dan patawali (Tinospora crispa). |
lanceolate | lanseolat | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bentuk daun yang lebar di pangkal dan runcing di hujung. Panjangnya tiga hingga enam kali ganda daripada lebar daun. Contohnya, daun kacip fatimah (Labisia pumila var. lanceolata) dan daun kesum (Polygonum minus). |
volatile oil | minyak meruap | Herba | Pemiawaian | Minyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahagian herba seperti daun, bunga, buah dan kulit kayu melalui penyulingan stim dan penyulingan air. Contohnya, minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus), minyak pati daun kesum (Polygonum minus) dan minyak pati pudina (Mentha arvensis). |