parts per million (ppm) | bahagian per juta (ppm) | Perubatan | Tiada | Tiada |
parts per million (ppm) | bahagian per juta (ppm) | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
parts per million (ppm) | bahagian per juta (ppm) | Pertanian | Tiada | Tiada |
brackish water | air payau | Hidrogeologi | Tiada | Air yang mempunyai kemasinan antara air minum biasa dan air laut dan biasanya mempunyai kepekatan pepejal terlarut antara 1,000 ppm hingga 10,000 ppm. |
nitrogen dioxide poisoning | keracunan nitrogen dioksida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada gas nitrogen dioksida (formula kimia, NO2) yang berwarna perang. Had pendedahan industri ialah 3 ppm. Tanda utama keracunan ialah dispnea. Keracunan akut akibat penyedutan menyebabkan keadaan semakin lemah, dispnea, batuk dan sianosis yang bermula 1-3 minggu selepas pendedahan pada kepekatan 50 ppm - 300 ppm. Pada kepekatan melebihi 300 ppm, keracunan ini menyebabkan edema pulmonari yang teruk secara tiba-tiba atau bronkopneumonia yang bermula selepas beberapa jam atau hari. Penemuan patologi menunjukkan kesan pada paru-paru, iaitu termasuk perdarahan, stromata berserat menggantikan bronkus terminal, duktus alveolar dan sak, pembentukan membran hialin, dan penghialinan membran dasar. |
chlorine poisoning | keracunan klorin | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyedutan klorin, iaitu gas yang merengsakan salur pernafasan. Had pendedahan ialah 1 ppm. Kesan korosif dan kesan pada pulmonari ialah pemusnahan lengkap kulit dan membran mukus. Kewujudan 4 ppm klorin di udara dapat dikesan melalui bau, manakala 30 ppm klorin di udara boleh menyebabkan batuk. |
salt water | air garam | Hidrogeologi | Tiada | Air yang mempunyai kepekatan garam terlarut yang lazimnya melebihi 10,000 ppm dan kurang dari 100,000 ppm, iaitu kemasinannya biasanya hampir sama dengan kemasinan air laut. |
Rectisol process | proses Rectisol | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses pembersihan gas asid secara penyerapan fizikal dengan menggunakan larutan metanol. Ketulenan maksimum gas yang boleh dicapai ialah 10 ppm karbon dioksida dan 1 ppm hidrogen sulfida. |
Sulfinol process | proses Sulfinol | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses pembersihan gas asid secara penyerapan fizikal dengan menggunakan larutan sulfolena dicampur diisopropanolamina. Ketulenan maksimum gas yang boleh dicapai ialah 200 ppm karbon dioksida dan 1 ppm hidrogen sulfida. |
Economine process | proses Economine | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses pembersihan gas asid secara penyerapan kimia dengan menggunakan pelarut 5 -70% larutan diglikolamina. Ketulenan maksimum gas yang boleh dicapai ialah 100 ppm karbon dioksida dan 4 ppm hidrogen sulfida. |