comprehensive practice | praktis komprehensif | Kejururawatan | Tiada | Amalan penjagaan menyeluruh secara berterusan kepada komuniti. |
blocked practice | praktis blok | Sains Sukan | Biomekanik | Kaedah yang menumpukan satu aspek kemahiran sahaja dalam satu sesi latihan. Dalam sesi latihan ini, hanya satu kemahiran sahaja yang dilakukan seperti melakukan servis pendek dalam permainan badminton. Kemahiran lain seperti servis lob, servis kilas dan sebagainya tidak diajar. |
deliberate practice | praktis kesengajaan | Sains Sukan | Biomekanik | Latihan yang dilakukan semata-mata untuk mempertingkatkan sesuatu aspek kemahiran motor yang khusus bagi memboleh-kan pencapaian prestasi motor berada pada tahap tertinggi. |
massed practice | praktis massa | Sains Sukan | Biomekanik | Tempoh latihan yang dijalankan secara berterusan, dengan jeda rehat yang tidak kerap. Contohnya, dalam satu sesi latihan selama dua jam, jeda rehatnya ialah sekali sahaja antara jam pertama dengan jam kedua. |
random practice | praktis rawak | Sains Sukan | Biomekanik | Kaedah latihan yang menumpukan aspek kemahiran dalam satu sesi latihan. Kaedah latihan ini memerlukan individu melakukan pelbagai lakuan dalam urutan yang rawak agar tiada pengulangan sesuatu lakuan. Contohnya, mengajar servis pendek, servis lob dan servis kilas dalam permainan badminton. |
distributed practice | praktis teragih | Sains Sukan | Biomekanik | Kaedah pengagihan masa latihan yang jangka masa latihannya diselang-selikan dengan masa jeda rehat yang kerap. Contohnya, sesi latihan selama satu jam boleh mempunyai empat kali jeda rehat yang diaplikasikan pada setiap 15 minit. |
practice distribution | agihan praktis | Sains Sukan | Biomekanik | Konsep yang merujuk kekerapan jeda rehat dalam suatu tempoh latihan. |
common practice period | zaman praktis lazim | Muzik | Tiada | Zaman sejarah muzik Barat dalam lingkungan tahun 1600-1900. Zaman ini merangkumi era Barok, Klasik dan Romantik. Walaupun terdapat perbezaan gaya ciptaan yang ketara dalam kalangan komposer dari segi gaya tradisi, kebudayaan masing-masing dan gaya perseorangan, namun konsep asas pengkaryaan muzik berdasarkan tonaliti serta harmoni yang mempunyai fungsi tertentu. Gaya yang berlaku pada awal abad ke-20 hingga kini berbeza kerana terdapat pelbagai gaya pengkaryaan muzik seperti impresionisme, atonaliti, karya dua belas ton, aleatori, minimalisme dan musique concrete. |
technical know-how | pengetahuan praktis | Umum | Tiada | Tiada |
street wear | pakaian siar | Kesenian | Tiada | Pakaian ringkas, kemas, praktis dan sesuai dipakai semasa bersiar-siar. |