Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pré.skrip.si] | ڤريسکريڤسي

Definisi : (préskripsi) 1. arahan doktor tentang ubat yg harus disediakan utk pesakit tertentu dan cara menggunakannya (memakan­nya); 2. sesuatu ketetapan (keputusan dsb) yg bersifat atau bertujuan menentukan, ketentuan (utk menjadi pegangan atau pan­duan); mempreskripsikan memberikan preskripsi (bkn penggunaan ubat dsb): doktor telah ~ ubat yg perlu dimakan utk mengubati penyakitnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pré.skrip.si] | ڤريسکريڤسي

Definisi : /préskripsi/ 1 arahan doktor atau pengamal perubatan ttg ubat yg disediakan utk pesakit dan cara menggunakannya, atau banyak mana yg perlu dimakan. 2 ketetapan, keputusan dsb yg bertujuan utk menentukan sesuatu; ketentuan utk dijadikan pegangan atau panduan. mempreskripsikan memberikan preskripsi ttg cara menggunakan ubat, sukatannya dsb: Doktor telah ~ ubat yg perlu dimakan utk mengubati penyakitnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata preskripsi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
over the counter drugubat tanpa preskripsiPerubatanTiadaUbat yang boleh didapati dari kedai farmasi, kedai runcit dan jualan langsung tanpa memerlukan preskripsi daripada pengamal perubatan. Di Malaysia, ubat tanpa preskripsi dimasukkan dalam kumpulan C, D dan E yang biasanya digunakan untuk rawatan kendiri bagi masalah yang ringan dan sementara. Contohnya ialah Paracetamol, vitamin dan ubat cacing.
prescribing principleprinsip preskripsiPerubatanTiadaDasar yang diamalkan oleh doktor dalam memberi preskripsi untuk menghasilkan kesan terapeutik yang terbaik kepada pesakit tanpa mendatangkan bahaya atau kesalahan. Prinsip ini berbeza mengikut jenis penyakit dan keadaan pesakit. Golongan kanak-kanak, neonat, wanita hamil, wanita menyusu dan geriatrik menggunakan prinsip preskripsi yang berbeza-beza.
drug prescriptionpreskripsi ubatPerubatanTiadaArahan bertulis daripada doktor perubatan atau pergigian kepada ahli farmasi yang merangkumi nama dan dos ubat yang perlu diberi berserta jangka masa rawatan, diagnosis penyakit dan maklumat peribadi pesakit. Kebanyakan ubat memerlukan preskripsi doktor sebelum dapat digunakan oleh pesakit. Walau bagaimanapun, terdapat ubat yang boleh didapati daripada ahli farmasi tanpa preskripsi yang dikenali sebagai ubat tanpa preskripsi.
prescription screeningpenyeringan preskripsiSains KesihatanTiadaPemeriksaan preskripsi ubat yang dilakukan untuk memastikan keberkesanan dan keselamatan rawatan.
on-line prescriptionpreskripsi dalam talianSains KesihatanTiadaPreskripsi yang dibuat melalui talian komputer.
refill prescriptionpreskripsi isi semulaSains KesihatanTiadaPemberian semula ubat menurut preskripsi yang masih sah tempoh lakunya.
prescription medicinesubat preskripsiSains KesihatanTiadaUbat yang hanya boleh dibekalkan atau dijual jika disertakan dengan preskripsi.
formularyformulariTeknologi Maklumate-KesihatanSenarai preskripsi ubat yang ditentukan oleh pelan penjagaan kesihatan yang spesifik. Senarai preskripsi ini dibangunkan berdasarkan penilaian berkaitan dengan kemujaraban ubat, keselamatan ubat dan keberkesanan kos ubat. Fungsi utamanya adalah untuk mengkhususkan ubat yang dibenarkan digunakan di sesebuah hospital, sistem penjagaan kesihatan atau polisi kesihatan tertentu.
e-prescriptione-preskripsiTeknologi Maklumate-KesihatanArahan doktor berkaitan dengan pengambilan ubat menggunakan sistem yang mempunyai pautan dengan Bahagian Farmasi untuk penyediaan dan pemberian ubat-ubatan kepada pesakit. Doktor hanya perlu memasukkan preskripsi pesakit ke dalam pangkalan data dan dihantar terus ke Bahagian Farmasi. Kaedah ini memudahkan proses kerja ahli farmasi, mengelakkan kesilapan pemberian ubat, mengurangkan masa menunggu pesakit dan mengemas kini sistem inventori farmasi.
field prescriptionpreskripsi ladangPertanianAgroteknologiKaedah membuat sesuatu syor tindakan berdasarkan cerapan yang dibuat di ladang tanpa memerlukan analisis di makmal. Contohnya, seorang pegawai pertanian memerhati warna daun tua tanaman menjadi kekuningan keseluruhannya dan membuat tafsiran bahawa tanaman itu kekurangan nitrogen. Tanpa menganalisis kandungan nitrogen di makmal, beliau membuat preskripsi ladang supaya baja nitrogen perlu ditambah.
12345

Kembali ke atas