infrared spectrophotometry | spektrofotometri inframerah | Herba | Tiada | Kaedah pengukuran spektrofotometri yang dilakukan dalam kawasan inframerah pada julat nombor gelombang 200 cm-1 -4000 cm-1. Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengenal pasti kumpulan berfungsi komponen kimia yang terdapat dalam bahan herba bagi mengawal kualiti bahan mentah dan produk herba. Spektrum inframerah suatu bahan herba digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik. |
trisomy | trisomi | Sains Forensik | Tiada | Ketaknormalan genetik pada individu yang mempunyai tiga salinan kromosom berbanding dua salinan yang lazim pada suatu kromosom. Contohnya, individu XXY. Dalam elektroferogram, puncak bagi Y akan menjadi lebih besar berbanding puncak X dalam nisbah 2:1 dan keadaan ini boleh mengelirukan penaksiran data DNA forensik yang menyangka bahawa sumber DNA ini adalah satu campuran daripada individu yang berbeza. Semakan terhadap lokus heterogizot lain yang menunjukkan puncak dengan nisbah 1:1 adalah pengesahan bahawa profil ini tidak bercampur dengan DNA lain. |
base circle | bulatan asas | Kimia | Tiada | 1. (bagi gear) Bulatan yang menjadi asas kepada lengkung involut yang membentuk susuk (profil) sesuatu gigi gear. 2. (bagi sesondol) Bulatan paling kecil yang boleh dilukiskan dengan pusatnya pada paksi putaran sesondol dan bertangen dengan permukaan sesondol. Lihat juga sesondol. |
base circle | bulatan asas | Mekanik | Gunaan | 1. (bagi gear) Bulatan yang menjadi asas kepada lengkung involut yang membentuk susuk (profil) sesuatu gigi gear. 2. (bagi sesondol) Bulatan paling kecil yang boleh dilukiskan dengan pusatnya pada paksi putaran sesondol dan bertangen dengan permukaan sesondol. Lihat juga sesondol. |
serrate | gerigi;serat (bentuk daun) | Geologi | Tiada | 1. Mempunyai tepi yang bergerigi.,2. Berhubung dengan featur topografi yang mempunyai tepi bergerigi, atau mempunyai profil tepi bergerigi. |
autosome | autosom | Sains Forensik | Tiada | Sebarang kromosom yang bukan kromosom seks. Manusia mempunyai 22 pasang autosom dan 1 pasang kromosom seks. Kawasan tertentu dalam kromosom atau lebih dikenali sebagai penanda dalam kalangan autosom ini dianalisis untuk menghasilkan profil DNA forensik. |
Yuge equation | persamaan Yuge | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Persamaan yang menggunakan konsep yang serupa dengan Blausius bagi menyelesaikan aliran lapisan sempadan nipis yang melewati sfera kecuali profil halaju di luar lapisan sempadan menurut ungkapan berikut: = - 1.398095q3 � 0.0419q5, dengan ux = halaju lapisan sempadan nipis, u� = halaju aliran bebas, q = sudut kutub sfera. Kaedah ini menghasilkan Re1/2 = 3.0671q - 0.98786q3 � 0.23143q5, dengan tw = tegasan ricih dinding, r = ketumpatan, Re = nombor Reynolds. Tegasan dinding sifar pada q = 1.44 rad. Purata pekali seret geseran yang diperoleh ialah = 1.8065/Re1/2. |
IOW block | blok IOW | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Blok logam (keluli, aluminium dan aloi) bertentukuran piawai yang digunakan untuk membina profil alur dan menentukan resolusi prob. Blok ini dikeluarkan oleh Institute of Welding (IOW). Blok ini mengandungi lubang gerudi berdiameter 1.5 mm pada kedudukan-kedudukan seperti yang ditunjukkan pada rajah. |
second generation multiplex | multipleks generasi kedua | Sains Forensik | Tiada | Sistem pemprofilan DNA forensik yang membolehkan amplifikasi pelbagai lokus dalam satu tindak balas (iaitu multipleks) yang dibangunkan oleh Applied Biosystem. Multipleks ini menguji tujuh lokus, iaitu TH01, VWA, FGA, D8S1179, D18S51, D21S11 dan amelogenin. Keupayaan pembezaan purata profil DNA SGM ialah 1 dalam 50 juta. Ia dikatakan sebagai multipleks generasi kedua kerana sistem ini dibangunkan setelah sistem pemprofilan multipleks generasi pertama dilakukan yang hanya menguji empat lokus, iaitu TH01, VWA, FES/FPS dan F13A1. Singkatan SGM. |
second generation multiplex +) | multipleks generasi kedua + | Sains Forensik | Tiada | Sistem pemprofilan DNA forensik yang membolehkan amplifikasi pelbagai lokus dalam satu tindak balas (iaitu multipleks) yang dibangunkan oleh Applied Biosystem. Multipleks ini menguji sebelas lokus, iaitu TVWA, D8S1179, D21S11, D18S51, TH01, FGA, D3S1358, D16S539, D2S1338, D19S433 dan amelogenin, berbanding multipleks generasi kedua (SGM) yang hanya menguji tujuh lokus. Keupayaan pembezaan purata profil DNA SGM ialah 1 dalam 1 bilion. Singkatan SGM+. |