application proxy | proksi aplikasi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Atur cara aplikasi yang dilaksanakan pada sistem tembok api di antara dua rangkaian. Apabila satu atur cara aplikasi mewujudkan satu hubungan pada perkhidmatan destinasi, atur cara ini akan menghubungkan perkhidmatan destinasi ini kepada get laluan aplikasi atau proksi. Pelanggan kemudian berunding dengan pelayan proksi untuk membolehkan komunikasi dilakukan dengan perkhidmatan destinasi tersebut. Proksi biasanya akan mewujudkan hubungan dengan destinasi di belakang tembok api dan bertindak bagi pihak pelanggan, melindungi dan menyembunyi komputer induvidu pada rangkaian di belakang tembok api yang disediakan. Keadaan ini menyebabkan dua hubungan diwujudkan, iaitu hubungan di antara pelanggan dengan pelayan proksi dan hubungan di antara pelayan proksi dengan destinasi. Seterusnya, proksi akan membuat keputusan menghantar paket apabila hubungan ini terjalin. Memandangkan kesemua komunikasi dilakukan melalui pelayan proksi, komputer di belakang tembok api dapat dilindungi. |
proxy server | pelayan proksi | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian yang dijalankan pada pelayan yang secara konsepnya adalah seperti sistem telefon untuk Internet. Oleh kerana syarikat memiliki alamat IP yang tidak mencukupi untuk semua pengguna Internet, jadi pelayan proksi diperlukan untuk bertindak sebagai pelayan alamat IP iaitu memperuntukkan alamat IP apabila dikehendaki pengguna. Pelayan proksi ini bertindak sebagai perantaraan di antara stesen kerja pengguna dan Internet agar perkhidmatan cache, keselamatan dan pengurusan rangkaian dapat ditadbir secara berpusat. Pelayan proksi juga adalah tembok api yang melindungi rangkaian perusahaan daripada pencerobohan luar. Pada pengguna, pelayan proksi ini kelihatan tidak wujud kerana kesemua permintaan dan respons kelihatan berkomunikasi secara terus dengan pelayan Internet. |
proxy server | pelayan proksi | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian yang dijalankan pada pelayan yang secara konsepnya adalah seperti sistem telefon untuk Internet. Oleh kerana syarikat memiliki alamat IP yang tidak mencukupi untuk semua pengguna Internet, jadi pelayan proksi diperlukan untuk bertindak sebagai pelayan alamat IP iaitu memperuntukkan alamat IP apabila dikehendaki pengguna. Pelayan proksi ini bertindak sebagai perantaraan di antara stesen kerja pengguna dan Internet agar perkhidmatan cache, keselamatan dan pengurusan rangkaian dapat ditadbir secara berpusat. Pelayan proksi juga adalah tembok api yang melindungi rangkaian perusahaan daripada pencerobohan luar. Pada pengguna, pelayan proksi ini kelihatan tidak wujud kerana kesemua permintaan dan respons kelihatan berkomunikasi secara terus dengan pelayan Internet. |
proxy | proksi | Teknologi Maklumat | Tiada | Program aplikasi perantaraan yang mewakili kedua-dua pihak klien dan pelayan iaitu bertindak seperti orang tengah. Proksi menerima permintaan dari klien yang dipercayai untuk perkhidmatan Internet yang spesifik dan kemudian bertindak bagi pihak klien dengan membentuk sambungan kepada perkhidmatan yang diminta. Permintaan ini seakan-akan berasal dari get laluan yang menjalankan proksi dan bukannya klien. Misalnya agen perisian yang bertindak bagi pihak pengguna atau sistem lain yang menerima arahan daripada pengguna kemudian melaksanakan tugasannya tanpa pemantauan serta mempunyai autonomi untuk membuat keputusan sendiri dalam mencapai objektif. Contoh lain adalah sistem proksi yang digunakan dalam pengurusan rangkaian seperti SNMP. |
proxy | proksi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu, kelompok atau negara yang melaksanakan tugas bagi pihak lain. Proksi bertindak sebagai topeng terhadap penglibatan langsung pihak sebenar untuk mengaburi mata orang ramai seolah-olah pihak tersebut tidak terlibat dengan sesuatu perkara yang menimbulkan kontroversi. Contohnya, Amerika Syarikat dan Soviet Union sering terlibat dalam perang proksi semasa era perang dingin seperti yang berlaku dalam perang Vietnam apabila Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan manakala Soviet Union membantu Vietnam Utara. |
application level gateway | get laluan paras aplikasi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem proksi yang perkhidmatannya disediakan oleh proses yang mengekalkan keadaan hubungan protokol kawalan transaksi (TCP) sepenuhnya. Proksi paras aplikasi biasanya menghalakan trafik supaya kelihatan keluar daripada proksi tersebut dan bukannya daripada hos dalaman. |
proxy voter | pengundi proksi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengundi yang bertindak sebagai mewakili satu kuasa atau pihak yang enggan memperlihatkan penglibatannya dalam sesuatu pengundian. Pengundi ini merupakan seorang individu atau satu organisasi tetapi melakukan undian dengan mengikut telunjuk kuasa proksi yang mengarahkannya. Lihat juga undi proksi. |
proxy voting | pemilihan proksi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengundian yang dibuat sebagai mewakili satu kuasa atau pihak yang enggan memperlihatkan penglibatannya dalam sesuatu persaingan. Pengundian ini dilakukan oleh individu atau badan lain tetapi menjalankan tugas dengan mengikut telunjuk kuasa proksi yang mengarahkannya. Lihat juga undi proksi. |
proxy fight | perlawanan proksi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cubaan oleh sesetengah pemegang saham untuk mendapatkan proksi supaya mengundi atau menentang pengurusan dengan tujuan melantik pengarah baru syarikat. |
proxy server | pelayan proksi | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian pelayan yang direka bentuk untuk melindungi sumber dalaman rangkaian yang disambungkan kepada rangkaian lain seperti Internet. Pelayan ini merupakan perkhidmatan yang dilaksanakan dalam tembok api (pelayan fizikal yang terletak di antara Internet dengan Intranet). Pelayan proksi berfungsi pada tahap aplikasi dalam susunan protokol bagi menyediakan sistem kawalan memantau dan menapis trafik antara rangkaian. Permintaan bagi pihak komputer klien dalam Intranet kepada rangkaian luar seperti Internet akan dilaksanakan oleh pelayan proksi. Umumnya menyediakan perkhidmatan satu hala agar menghalang pengguna Internet khususnya penggodam daripada memasuki rangkaian dalaman atau Intranet dan mencapai sumbernya. Contohnya, apabila seorang klien dalaman telah membuat permintaan untuk mengakses pelayan Web di Internet, perkhidmatan pelayan proksi HTTP pada tembok api akan memintas paket HTTP pengguna, mempakej semula permintaan itu dan memajukannya kepada pelayan web di Internet. Paket ini akan membawa alamat |