bulk nanostructure | nanostruktur pukal | Fizik | Nanoteknologi | Pepejal yang mempunyai padatan hablur kecil atau zarah bersaiz antara 1 nm - 100 nm. Contohnya, zarah Al12. Sifat fizik bahan pukal ini adalah berlainan daripada sifat individu zarah tersebut atau sifat pepejal pukal yang tidak berstruktur nano. |
package | bungkusan; padatan; pakej; pukal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Bungkusan: Benda yang dibalut dengan kertas, kain dan lain-lain. |
bulk shielding reactor | reaktor perisai pukal | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | 1. Reaktor nuklear yang boleh beroperasi pada pelbagai aras julat kuasa.,2. Reaktor nuklear jenis kolam yang diguna untuk menguji keberkesanan perisai. |
surface, specific | permukaan spesifik | Hidrologi | Tiada | (1) Jumlah permukaan butiran (atau liang) per unit isi padu pukal suatu medium berliang. |
loader | pembeban; jentera angkut | Kejuruteraan | Tiada | 1. Mesin, seperti penyuduk mekanik, yang digunakan untuk membebankan bahan-bahan pukal.,2. Atur cara yang mengambil atur cara lain dari sesuatu peranti masukan atau storan, dan menempatkannya ke dalam ingatan komputer. |
pressure pan | kematu tekanan | Pertanian | Tiada | 1. Kematu tekanan: Horizon atau lapisan tanah subpermukaan yang mempunyai ketumpatan pukal yang tinggi dan jumlah keliangan yang rendah daripada lapisan tanah di atas atau di bawahnya, tetapi mempunyai tekstur dan sifat kimia yang sama. |
powder | serbuk | Farmasi | Farmaseutik | Partikel pepejal berdiameter setara kurang daripada 1,000 mikrometer. Biasanya dihasilkan melalui proses penghalusan daripada satu bentuk pukal. Bentuk ini juga boleh digunakan sebagai bentuk dos drug yang tersendiri. Contohnya, talkum berubat, ubat sedut dan ubat oral. Istilah serbuk ini boleh juga merujuk kepada kumpulan partikel yang membentuk granul yang mempunyai dimensi keseluruhan lebih daripada 1,000 mikrometer. |
nanocluster | nanogugusan | Fizik | Nanoteknologi | Gugusan nanozarah berbagai-bagai saiz antara 1 nm - 100 nm. Nanogugusan mempunyai sifat tertentu, iaitu antara sifat molekul dan sifat bahan pukal. Nanogugusan logam dipakai dalam proses sintesis kimia sebagai pemangkin. |
top-down nanofabrication | nanofabrikasi atas-bawah | Fizik | Nanoteknologi | Fabrikasi nanobahan atau peranti nanoelektronik yang bermula daripada bahan pukal. Contohnya, menyediakan nanowayar. Satu bilion komponen elektronik dapat difabrikasikan pada keluasan 1 cm2 menggunakan teknik litografi alur elektron berkuasa tinggi atau litografi sinar-X. Banding nanofabrikasi bawah-atas. |
plumb | ladung | Kejuruteraan | Tiada | 1. Berkaitan dengan objek atau struktur yang berada pada kedudukan tegak yang sebenar.,2. Pemberat yang tergantung pada tali untuk menunjukkan arah tegak. Sinonim: bebola ladung.,3. Batu besar dengan apa-apa bentuk yang dimasukkan ke dalam struktur konkrit pukal, misalnya empangan, untuk mengurangkan isipadu konkrit yang diperlukan. Sinonim: penyesar. |