aqd mu‘allaq | akad bersyarat | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh dua pihak dengan syarat. Contohnya, pernyataan "Sekiranya anak saya, Ahmad pulang daripada luar negeri, saya jualkan kereta ini kepada awak". Hukum dan kesan akad bersyarat berkuat kuasa setelah berlaku syarat yang disebutkan itu. |
postoperative phase | fasa pascapembedahan | Kejururawatan | Tiada | Tempoh selepas pembedahan yang bermula daripada bilik pemulihan sehingga pesakit dihantar ke wad dan seterusnya dibenarkan pulang. |
postoperative phase | fasa pascapem-bedahan | Perubatan | Tiada | Tempoh selepas pembedahan yang bermula daripada bilik pemulihan sehingga pesakit dihantar ke wad dan seterusnya dibenarkan pulang. |
pollen trap | perangkap debunga | Pertanian | Agronomi | Perangkap yang dipasang pada pintu masuk kotak lebah untuk mendapatkan debunga. Lebah-lebah yang membawa pulang debunga diasuh untuk memasuki lubang yang diperbuat daripada wayar halus untuk memisahkan debunga daripada badan lebah. Debunga yang terpisah dikumpulkan di dalam bekas yang disediakan. Perangkap debunga hanya dipasang semasa musim berbunga. |
intonation | intonasi | Kesusasteraan | Tiada | Perubahan nada suara semasa ujaran atau bercakap. Nada suara ini memperlihatkan sikap pengucap, seperti menyindir, marah dan hairan. Intonasi membezakn sesuatu ujaran itu sama ada pernyataan atau persoalan. Contohnya, pernyataan biasa seperti �kami akan pulang� boleh dijadikan sesuatu soalan dengan mengubah nada suara daripada rendah kepada tinggi. Intonasi banyak digunakan dalam deklamasi sajak, membaca gurindam dan syair. |
United Nations Relief and Rehabilitation Administration (UNRRA | Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan Bangsa-Bangsa Bersatu | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1943 semasa Perang Dunia Kedua yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada kawasan yang dibebaskan daripada kuasa paksi (Jerman, Itali dan Jepun). Pada tahun 1943, terdapat 52 buah negara yang terlibat dalam pertubuhan ini yang menyumbangkan dua peratus daripada pendapatan negara mereka kepada pertubuhan ini. Bantuan yang disediakan seperti bantuan kecemasan, makanan dan ubat-ubatan serta membaik pulih perkhidmatan awam, pertanian dan industri. Antara negara yang pernah mendapat bantuan daripada pertubuhan ini ialah China, Czechoslovakia, Greece, Itali, Poland, Ukraine dan Yugoslavia. Selepas Perang Dunia Kedua, pertubuhan ini berjaya menolong seramai tujuh juta pelarian pulang ke negara masing-masing. Pertubuhan ini menghentikan operasinya di Eropah pada 30 Jun 1947 dan di China pada 31 Mac 1949. Pada masa kini, fungsi pertubuhan ini telah dipindahkan ke pertubuhan lain di bawah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu seperti Pertubuhan Pelarian Antarabangsa, Pertubuhan Makana |
seloka | seloka | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul �Seloka emak Si Randang� adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud �pujian atau pemujaan�. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata�. |