sexagesimal | perenam-puluhan | Matematik | Tiada | Tiada |
compound eye | mata majmuk | Geologi | Tiada | Mata serangga dan krustasea yang mengandungi antara puluhan hingga ribuan unit penglihatan yang dinamai omatidium. |
new humanism | humanisme baru | Kesusasteraan | Tiada | Satu gerakan dalam kesusasteraan dan falsafah, di Amerika Syarikat, sejak tahun-tahun dua puluhan. |
mesometeorology | mesometeorologi | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Cabang meteorologi yang berkaitan dengan kajian keadaan meteorologi skala sederhana yang mencakupi luasnya beberapa kilometer hingga puluhan kilometer persegi. |
distributional numeral | kata bilangan kelompok | Linguistik | Tiada | Kata bilangan yang merujuk kepada kumpulan yang terdiri daripada anggota yang tertentu bilangannya. Contohnya, ribuan, ratusan, puluhan, jutaan, dua-dua dan tiga-tiga. |
size effect | kesan saiz | Fizik | Nanoteknologi | Kesan yang berada pada sifat fizik seperti sifat optik dan elektrik suatu bahan apabila saiznya berubah kepada dimensi yang amat kecil dalam julat puluhan atau ratusan nanometer. Contoh bahan bersaiz amat kecil ini ialah nanozarah, bintik kuantum dan nanodawai. Sifat optik dan elektrik bahan tersebut bergantung pada saiz dan mungkin berbeza daripada sifatnya yang berada dalam keadaan pukal. Sifat bahan bersaiz nanometer dipengaruhi hukum mekanik kuantum. |
lost generation | generasi hilang | Kesusasteraan | Tiada | Istilah yang ditujukan kepada sebilangan pengarang Amerika Syarikat, kebanyakannya lahir, sekitar tahun 1900, yang turut berjuang dalam Perang Dunia I dan menganggotai kumpulan menentang kecenderungan pengarang lama tahun-tahun dua puluhan. |
DNA probe | prob DNA | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Molekul bebenang tunggal DNA yang mempunyai susunan bes khusus yang ditandakan dengan isotop radioaktif atau sebatian imunologi. Prob DNA digunakan sebagai penanda untuk mengesan kehadiran sesuatu gen dalam sampel yang dikaji. Julat saiz prob DNA adalah antara puluhan hingga ribuan bes. |
mist | kabus | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Titisan-titisan air mikroskopik terampai atau zarah higroskopik basah yang menyebabkan keadaan kekaburan atmosfera. Istilah ini digunakan untuk tujuan sinoptik apabila ketampakan mendatar sama atau lebih daripada 1 km; kelembapan relatif yang berpadanan adalah kurang daripada 95%. Kebanyakan zarah yang terkandung di dalam kabus berdiameter dalam lingkungan beberapa puluhan mikrometer. |
mist | kabus | Sains | Hidrometeorologi | Keadaan kekaburan atmosfera disebabkan oleh titisan air mikroskopik terampai atau zarah higroskopik basah. Istilah ini digunakan untuk tujuan sinoptik apabila kekaburan dan kebolehlihatan yang berkaitan adalah sama atau lebih daripada 1 km; kelembapan nisbi yang berpadanan adalah kurang daripada 95 peratus. Kebanyakan zarah yang terkandung di dalam kabus bergaris pusat dalam lingkungan beberapa puluhan mikrometer. Lihat juga jerebu, kabut. |